9 Tip Dan Persediaan Balik Kampung Dimusim Perayaan Anda Wajib Lakukan

5

Assalamualaikum!

Lagi beberapa hari je nak sambut Aidilfitri.. kejap sangat terasa Ramadhan kali ini. Sedih Ramadhan dah nak tinggalkan kita.. Tapi hati teruja tak sabar nak raikan kemenangan Aidilfitri dengan insan-insan tersayang! Apa tip dan persediaan korang semua nak balik kampung raya ni?

Katanya 3 juta manusia nak balik Kelantan.. Kena rancang awal perjalanan kita supaya semuanya selesa dan mudah inshaAllah. Saya nak share sikit tip dan persediaan nak balik kampung dimusim perayaan, semoga bermanfaat ye 🙂

9 TIP & PERSEDIAAN BALIK KAMPUNG DIMUSIM PERAYAAN

tip balik kampung masa raya

 

1# Servis kereta.

Biasa nak travel jauh mesti suami akan servis kereta dulu cek mana yang patut. Nak jalan jauh pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

2# Matikan segala suis kat rumah.

Jangan lupa cabut sekali segala plug dan penutup tong gas untuk elakkan kebocoran gas.

3# Pastikan rumah berkunci dan dalam keadaan selamat.

Pastikan juga alarm rumah (kalau ada) berfungsi dengan baik. Bagitau kat jiran(yang dipercayai) kita balik kampung. Mintak tolong tengokkan rumah. Bagila sekali kueh raya sebekas dua sebagai tanda terima kasih.

4# Kad TouchNGo dan Smart Tag

Topup siap-siap kad ni. Nanti senang tak kalut nak cari tempat topup. Even kalau emergency pun tak jadi masalah.

5# Install Waze kat handphone

Biasa balik kampung raya ni jalan mesti jem dan sesak. Kalau guna waze biasanya kita boleh dapat info jalan mana yang ok dan tak. Pastikan kredit hp cukup dan data mobile banyak.😁

6# Kelengkapan pakaian

Pastikan cukup segala keperluan terutama baju anak-anak, pampers, vitamin anak, minyak angin dan lain-lain.

7# Bawa CD atau pendrive

Kalau travel jauh mesti agak letih duk lama dalam kereta kan. Bawalah cd Al Quran, nasyid untuk dengar.

8# Bawa suplemen

atasi mengantuk ketika memandu
Nak travel jauh perlukan ketahanan fizikal jugak. Sediakan juga Nutriferon untuk antibodi anak, dan cinch tea mix untuk atasi letih dan mengantuk ketika memandu.

9# Baca doa dan berdoa.

Bacalah doa naik kenderaan dan lazimilah berdoa ketika musafir.. antara waktu mustajab doa adalah ketika musafir. Semoga semua selamat sampai ke destinasi bertemu keluarga tersayang♡

 

 

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

(Shaklee Independent Distributor 1075383)

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion5 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge