9 Tip Untuk Ibu Kekal Bertenaga

0

Assalamualaikum.

Pernah tak kita terfikir, bagaimana anak-anak kecil kita yang sentiasa aktif tanpa sebarang keletihan, terus bermain ke sana sini, mencipta imaginasi sendiri, dan mereka hanya tidur dalam waktu yang cukup singkat (di siang hari)?

Menggalas tanggungjawab sebagai ibubapa sememangnya meletihkan. Kita bekerja tanpa mengira masa, tiada istilah cuti walaupun dalam keadaan tidak sihat dan sebagainya. Ia akan menjadi mudah sekiranya kita hanya fokus kepada anak-anak dan mengabaikan diri kita sendiri, tetapi ia bukan idea yang baik untuk kita dan anak kita.

Menjadi seorang ibu yang sentiasa bertenaga dalam menguruskan rumah, kerjaya dan anak-anak amat diidamkan oleh semua ibu diluar sana. Betulkan? 🙂

Jom kita lihat apakah 9 tip yang dapat membantu seorang ibu kekal bertenaga. 😀

ibu cergas

1) Minum air masak

air-putih

Badan akan mula terasa letih bila berlakunya dehidrasi ringan didalam badan kita walaupun kita belum merasa haus. Ada ketika dehidrasi ini boleh mengakibatkan ibu merasa sakit kepala, keletihan dan merasa tidak bertenaga. Solusinya, berehat 2 minit dan capai sebotol air masak dan minum sehingga habis.

2) Ambil masa untuk mandi

take a bath

Ada ibu-ibu yang ambil remeh soal mandi ni. Huhu..bukan apa,selagi tak siap semua kerja rumah tu, selagi tu rasa tak boleh nak mandikan? Tapi ini bukan soal mandi pagi, tapi tengahari. Mandi diwaktu tengahari akan buat ibu-ibu rasa fresh semula dan buat kita rasa seperti, ” I am a new person’! 🙂

3) Sentiasa bergerak

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kajian menunjukkan bahawa senaman itu lebih baik untuk mengecas tenaga daripada tidur sebentar. Senaman tak semestinya yang berat-berat, just buat yang simple je. Menyapu sampah, mencuci pinggan, mengemop lantai, dan bermain kejar-kejar dengan anak juga antara senaman yang menyeronokkan!

4) Jangan tinggalkan sarapan

breakfast

Ibu-ibu gigih memastikan anak-anak sentiasa mendapat sarapan berkhasiat, tetapi si ibu hanya mendapatkan secawan kopi sahaja untuk sarapan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan diwaktu pagi lebih mampu ,menjalani hari dengan berkualiti dan bertenaga.

Pengambilan protein di pagi hari antara sarapan terbaik yang boleh berikan tenaga berkekalan sepanjang hari !

5) Biarkan sebentar anak anda

20091117-children-watching-TV-290x218

Biarkan sebentar anak anda sekitar 20 minit dihadapan televisyen, atau di ruang permainannya, dan ambil masa itu untuk re-charge tenaga anda.

6) Pastikan kadar gula anda sentiasa stabil.

snek sihat

Bila badan anda merasa lemah, dan anda mengambil sebiji gula-gula untuk beri tenaga pada badan. Tetapi tenaga itu hilang dalam tempoh yang singkat dan anda akan merasa lebih letih dari sebelumnya. Tahap gula dalam badan yang naik turun akan jejaskan tenaga anda.

Solusinya, kerapkan pengambilan snek sihat yang akan membantu anda memberi tenaga berterusan dalam badan, seperti pisang, kekacang, biskut mentega, sayuran dan buah-buahan.

7) Tukar baju anda

stock-photo-59730108-beautiful-woman-housewife-ironed-clothes

Betul. Anda akan rasa malas, mengantuk dan lemah lesu sekiranya terus berpakaian tidur. Tukar baju kepada baju yang lebih selesa dan kemas, dan ia akan mebuatkan anda memiliki semangat yang baru!

8) Beri masa tidur untuk diri sendiri

lesu badan

Mungkin 8 jam untuk masa tidur adalah sangat tak masuk akal dengan anak-anak yang sangat aktif. JAdi, cuba eksperimen ini : Untuk tempoh satu minggu, v=cuba untuk masuk tidur sejam lebih awal daripad kebiasaan. Lihat betapa banyak tenaga yang akan anda miliki untuk permulaan hari seminggu selepas itu. 🙂

9) Luangkan masa berkualiti anda untuk bersama anak

mom-daughter-puzzles

Ambil hanya sekurang-kurangnya 15 minit dan bermain bersama mereka. Tinggalkan dulu urusan lain dan fokuskan sepenuhnya bersama anak, dan secara automatik anda akan merasa lebih puas dan seronok. Anda akan merasa letih sekiranya seharian menumpukan urusan rumah, pakaian, dan makan.

Selamat mempraktikkan dan semoga kita menjadi ibu yang hebat untuk anak-anak kita 🙂

Luvs,

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

COD MUAR

FB : Zulaikha Ali

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge