Adakah Sesuai Untuk Sunatkan Anak Lelaki Ketika Masih Bayi ?

2

Assalamualaikum

Masa pregnantkan anak kedua dan dapat tahu ia adalah anak lelaki, awal-awal lagi dah plan dengan suami untuk sunatkan masa baby. Sebab masa anak sulung dulu tak sempat nak sunatkan masa baby (banyak je halangannya).

ADAKAH WAJIB UNTUK SUNATKAN ANAK LELAKI ?

Dalam mazhab kita iaitu mazhab Shafi’e,Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan perempuan. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu. Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ke tujuh oleh Abdul Mutalib.

APAKAH KEBAIKAN SUNAT SEMASA BAYI ?

Dari aspek kesihatan, berkhatan ada beberapa kebaikan :

  • mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak
  • mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar
  • mengurang risiko kanser cerviks pada pasangan
  • baik dari aspek kebersihan

Namun begitu, ada sesetengah masalah di mana khatan tidak boleh dilakukan secara biasa :

1)  Hypospadias

– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.

2)  Buried penis

– lazim berlaku pada anak anak yg obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .

3)  Congenital megaprepuce

– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan.

BILA USIA TERBAIK UNTUK SUNAT BAGI ANAK LELAKI ?

Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, dari segi agama, sunat sebaiknya dilakukan sebelum anak mencapai usia aqil baligh.

Kalau menurut pendapat Dr. Taka Budaya dari LKC Dompet Dhuafa, sebaiknya sunat dilakukan pada usia bayi.

“Semakin muda usia anak melakukan khitan semakin baik. Sebaiknya pada usia lapan hari hingga satu tahun,” ujar Dr. Taka.

Kerana menurut Dr. Taka, semakin muda usia untuk melakukan khitan maka semakin sedikit darah yang dikeluarkan.

Secara peribadi, saya merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ke tujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna.

Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan.

Walau bagaimanapun tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran, ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi. Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.

WALLAHUA’LAM

——————————

Oleh sebab masalah jantung berlubang yang dihadapi Miqdad (anak kedua kami), terpaksa kami tangguhkan dulu hasrat untuk sunatkan Miqdad di usia bayi.

Semoga perkongsian ini membantu. Kalau ada ibu-ibu yang berpengalaman jemput kongsikan diruangan komen ya! Semoga perkongsian ibu-ibu juga bermanfaat pada ibu yang lain. Jazakumullah khairal jaza’ !

 

 

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge