Adakah Wajib Solat Selepas Turun Tanda Bersalin?

0

Assalamualaikum.

Kali ni Zue nak ceritakan pengalaman Zue semasa bersalinkan ‘Ayyash dulu. ‘Ayyash dulu keluar awal tiga minggu daripada tarikh due date sebenar. Memang pujuk ‘Ayyash keluar awal sebab suami nak pergi umrah masa tu. Jadi anak ummi yang soleh ni pun dengan taat keluar seminggu awal daripada tarikh suami fly (3 minggu awal dari due) bawa rombongan jemaah umrah. Alhamdulillah..Allah mudahkan 🙂

Kronologi kelahiran ‘Ayyash 17 Mei 2013

1.30 pagi – Air ketuban pecah, tak rasa sakit apa

2.00 pagi – warded, air ketuban mengalir dengan banyaknya. Jalan tak buka lagi

10.00 pagi – Air ketuban masih keluar, bukaan jalan 2 cm. Doktor kata kalau tak buka sampai 3.30 petang terus kena induce

11.00 pagi -sempat join ceramah rakan suami untuk dapatkan permission suami boleh teman dalam LR

3.30 petang – Air ketuban masih keluar, bukaan still 2 cm. Tiada rasa sakit. Terus induce.

4.30 petang – Kontraksi bermula. Solat asar siap-siap.

7.30 petang – Kontraksi makin kuat. Bukaan 5cm. Terus solat jama’ maghrib & Isya’.

8.00 malam – Tolak masuk LR.

9.03 malam – Alhamdulillah, dengan beberapa kali push, ‘Ayyash selamat keluar. Syukur!

——————————————————————–

WAJIBKAH SOLAT SELEPAS KETUBAN PECAH, KELUAR DARAH & KONTRAKSI ?

sakit bersalin

Ulama’ menentukan bahawa darah yang keluar sepanjang tempoh kita mengandung atau darah bercampur lendir ketika saat kelahiran adalah darah istihadhah. Menurut Imam Syafi’e, darah sewaktu tempoh hamil hanya dikira sebagai darah haid sekiranya ia mematuhi kitaran haid SAHAJA.

(1) Air Ketuban Pecah

Air ketuban ini ialah air yang keluar melalui servik/vagina akibat kontraksi di dalam rahim..tak kira la air ketuban tu pecah bercampur darah atau tidak, maka solat adalah WAJIB pada ketika itu. Darah yang keluar bersama air ketuban dikira sebagai darah fasad.

(2) Tumpah/Turun Darah

Tumpah darah sama ada bercampur lendir mahupun tidak merupakan salah satu tanda hendak bersalin. Darah ini juga dikira sebagai darah istihadhah maka WAJIB ke atas setiap ibu menunaikan solatnya. Darah ni dikenali sebagai darah fasad juga, bukan darah nifas.

(3) Ketika Kontraksi

Ibu juga WAJIB menunaikan solat ketika contraction datang. Sekiranya tidak mampu/tidak terdaya ketika waktunya, hendaklah digantikan solat itu pada waktu lain yang termampu.

—————————————————————————

Darah yang keluar sebelum melahirkan anak merupakan darah istihadhah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Oleh itu seorang wanita yang mendapat tanda-tanda bersalin sama ada keluar darah mahupun sebarang cecair, maka ia masih wajib mengerjakan ibadah seperti biasa.

Cara mengerjakan ibadah solat bagi wanita yang istihadahah adalah :

i) Membersihkan tempat keluar darah tersebut.

ii) Memakai tuala wanita

ii) Mengambil wuduk dengan segera

iv) Solat dengan segera

Sekiranya darah keluar sewaktu sedang melaksanakan ibadah solat, maka ia adalah dimaafkan dan solat tersebut adalah sah. Wuduk wanita istihadhah ini sah untuk satu solat fardhu dan beberapa amalan sunat.

Credit: tanya-ustaz.com

Jadi di sini jika si ibu yg sedang sakit masih mampu berdiri dan solat seperti biasa, ibu bolehlah bersolat setelah membersihkan diri. Sekiranya tidak mampu, ibu boleh solat secara duduk  atau sekiranya tidak mampu boleh bersolat secara baring.

Bagaimana pula jika si ibu terlalu lemah dan tidak mampu untuk membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yang keluar berterusan?

Cara solat duduk :)
Cara solat duduk :)

:

Cara solat baring :)
Cara solat baring :)

Situasi sebegini dikira situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Jadi si ibu harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Si ibu juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana si ibu dijangka akan bersalin bila-bila masa.

Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru si ibu haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.

**untuk semua solat di atas, kita boleh lakukan cara solat ketika sakit (samada duduk ataupun baring)….juga kebersihan perlu dititikberatkan (bersihkan darah tu dulu).
——————————————————————————–

Alhamdulillah. Betul-betul terasa Allah mudahkan kelahiran ‘Ayyash. Dan sepanjang detik menanti kelahiran Zue tak henti-henti ulang bacaan surah Maryam. Syukurlah semuanya selamat. Esoknya dah boleh discaj. =)

Ibu-ibu yang akan berpantang, boleh dapatkan Set Bersalin Terbaik ni, normal dan czer dua-dua boleh guna. =)

Semulajadi dan selamat untuk ibu dan anak tanpa akibatkan jaundis. Sangat membantu untuk cepat sembuhkan luka, juga membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu yang berkhasiat untuk si manja 🙂

Dapatkan secara eksklusif daripada Zue beserta tips dan cara pengambilan yang betul supaya mendapat kesan optimum. Terus hubungi Zue di talian 018-3164133. Zue akan bantu sehabis baik 🙂

Semoga bermanfaat untuk mommies solehah sekalian!

Salam Sayang ^_^
Ummu ‘Ayyash
Shaklee ID 1075383
sakieenah@yahoo.com
018-3164133

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge