Ahlan Ya Rajab

0
Bismillah..

Assalamualaikum. ๐Ÿ™‚

Rasanya tak terlewat untuk mengucapkan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban, selamat datang bulan Rejab yang mulia.. Alhamdulillah, Allah izinkan lagi kita bertemu bulan Rejab ini sebagai satu persiapan buat kita menempuh madrasah Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi…

rejab 2

Bulan Rajab adalah bulan yang mulia dan utama. Bulan yang istimewa untuk berdoa dan bermunajat, mengadu dan menangis kepada Allah Yang Maha Agung. Bulan yang istimewa untuk mempersiapkan diri memasuki bulan yang penuh berkah, rahmat dan maghfirah yaitu bulan suci Ramadhan.

Ibarat menanam tanaman, Rajab adalah bulan kita menanam benih-benihnya, Sya’ban kita menyirami dan memupuknya, sedang Ramadhan kita memanen hasilnya. Itulah keterkaitan tiga bulan tersebut. Demikianlah apa yang dikatakan oleh Al imam Abu Bakar Al Warraq Al Balkhi. Beliau juga berkata,”Perumpamaan Rajab seperti anginnya, Sya’ban seperti awan (mendung)nya dan Ramadhan ibarat hujannya”.

Antara amalanยฒ yang dianjurkan;

โ—† Puasa.
– Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

– Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hariยฒ putih setiap bulan hijrah. Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hariยฒ putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a’lam. Yang penting –> puasa ใƒ„.

โ—† Istighfar.
– Habib Salim Assyatiri berkata: “Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangatยฒ dianjurkan”.

โ€ขโ€ขโ–บ Penghulu istighfar;

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฑูŽุจู‘ููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽุŒ ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ุชูŽู†ููŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏููƒูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู‡ู’ุฏููƒูŽ ูˆูŽูˆูŽุนู’ุฏููƒูŽ ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูุŒ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ุตูŽู†ูŽุนู’ุชูุŒ ุฃูŽุจููˆุกู ู„ูŽูƒูŽ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุจููˆุกู ู„ูŽูƒูŽ ุจูุฐูŽู†ู’ุจููŠ ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽุบู’ููุฑู ุงู„ุฐู‘ูู†ููˆุจูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ

โœฟ Kelebihannya : Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

โ€ขโ€ขโ–บ Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

ุฑูŽุจู‘ู ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠู’ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ููŠู’ ูˆุชูุจู’ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).

โ—† Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

โ—† Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain-lain amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni’mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni’mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.

Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH –RAMADHAN– Semoga sempat bersua dengannya, aameen! ๐Ÿ™‚

Salam Mujahadah,

Ummu ‘Ayyash

sakieenah@yahoo.com

Shaklee ID 1075383

018-3164133

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge