Amalan Elak Bentan Sepanjang Berpantang

0

Assalamualaikum.

Tempoh berpantang selepas melalui proses bersalin adalah satu tempoh yang agak mencabar sebenarnya. Pengalaman Zue sendiri masa berpantangkan ‘Ayyash, agak menguji fizikal dan mental. Biasalah.. pengalaman pertama memang buatkan kita belajar banyak perkara 🙂

tip cegah bentan

Syukur sangat sebab masa pantang ‘Ayyash dulu, mak Zue sendiri yang tolong jaga. Lagipun mak mertua dah takde.. Kalau tak merasa juga berpantang dengan mak mertua. Tapi sempat juga kakak ipar jagakan semasa hari-hari terakhir berpantang.. Alhamdulillah, adik beradik ipar memang sangat baik. 🙂

Satu perkara yang paling nak jaga masa berpantang ni — BENTAN.

Dengar pun dah takut tau. Mana taknya, ada banyak kes dalam Malaysia ni, ibu-ibu yang meninggal akibat bentan.

Dengar dulu kisah pengalaman ngeri Puan ni berpantang, seram saya dengar!

Apa sebenarnya bentan ni?

Kalau dirujuk pada pakar perubatan, bentan tak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan.

Bentan adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin mereka terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman.

Wanita selepas bersalin memang mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi. Ini disebabkan imunisasi wanita adalah sangat rendah, jika mereka ambil mudah dari segi dalam penjagaan diri, jangkitan kuman mudah terjadi.

Tanda dan sebab bentan:

Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.
Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.
Jenis bentan:

  1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

  1. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

  1. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Ini antara langkah penjagaan yang Mama Zue sendiri ajar supaya dapat elakkan bentan :

Sentiasa pakai baju sejuk, walaupun cuaca agak panas. Zue pakai je..memang berpeluh-peluh, bila badan berpeluh rasa ringan dan sedap je.

Sentiasa pakai stokin tebal supaya badan tak masuk angin.

Kurangkan kekerapan ke tandas. Sebab bila ke tandas, kita akan sentuh air.. Kerap sentuh air dalam pantang memang boleh buat badan bisa.

Elakkan daripada berkipas (apatah lagi aircond,huhu) Tapi ‘Ayyash memang duk dalam aircond, sebab ruam dia cepat naik kalau cuaca panas

Perlahankan langkah ketika berjalan, supaya luka kita tak terbuka semula walaupun kita tak rasa sakit dah. Dan supaya kita tak terlanggar apa-apa.

Mama Zue beritahu, kalau ibu jari kaki tersadung atau terlanggar apa-apa, kena mula balik pantang – reset pantang hari pertama semula.

Rajin-rajin bertungku, supaya darah beku dalam badan kita cepat keluar sampai habis dan badan pun rasa ringan je.

Mandi air suam, lagi best kalau kita campurkan dengan daun-daun wangi tu.. Segar rasa badan. 🙂

Jaga pemakanan, jangan makan benda-benda sejuk,berangin dan tajam. Nanti kita share pulak tentang ni ya 😉

Ini antara yang Zue ingat.. Dan jangan lupaambil set berpantang yang selamat, Zue sendiri dah ada set berpantang semulajadi pilihan hati. Selamat untuk ibu dan anak, bebas jaundis insyaAllah 🙂

Mommies semua ada lagi petua best untuk dikongsi?

Jom share…. 😀

Ada 10 sebab istimewa Zue pilih SET BERPANTANG tu.. Klik sini.

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

018-3164133

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge