Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anak Kerap Sembelit Berisiko Untuk Bengkak Usus

0

” Saya terpaksa korek sendiri sebab anak dah menangis lama namun masih tak dapat membuang! “

Mesti ada mak-mak yang pernah melalui situasi macam ni kan. Anak kerap kena sembelit, dan yang paling sadis bila kita sendiri terpaksa tolong korekkan sebab tak sanggup tengok anak menangis kerut-kerut muka tahan sakit nak teran.

Masalah ni mungkin kita nampak remeh, terutama bagi anak yang hadapi masalah sembelit yang ringan, namun sebenarnya bahaya sembelit ni pada anak kalau kita biarkan tanpa sebarang rawatan dan langkah pencegahan.

Tanda dan gejala sembelit

Tanda-tanda berikut mungkin berbeza pada setiap orang :

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-sebab berlakunya sembelit di kalangan kanak-kanak

Banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Mungkin mak-mak boleh semak beberapa senarai di bawah untuk kenalpasti punca berlakunya sembelit.

  • Kurang serat dalam diet
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Ubat-ubatan
  • Susu
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air (Kanak-kanak yang demam dan tidak sihat mungkin tiada selera makan atau kurang minum susu)
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)

Apakah komplikasi yang mungkin timbul akibat sembelit?

sembelit-teruk

Sembelit ni bukan kategori penyakit tapi jika ianya berpanjangan dan terlalu kerap berlaku mungkin boleh membawa kepada penyakit buasir. Buasir boleh terjadi disebabkan tabiat menahan untuk buang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Jika regangan terlalu kuat, ia akan menyebabkan rektum terkeluar dari dubur dan mungkin memerlukan pembedahan jika teruk dan kronik.

4 Bahaya Sembelit Terhadap Anak Boleh Akibatkan Penyakit Kronik

  • Penyakit saraf – Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.
  • Jangkitan air kencing – Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  • Pendarahan dan dubur luka – Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak. Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah. Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
  • Kesan psikologi – Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.

Tips Mencegah dan Mengatasi Masalah Sembelit

Bagi ibu bapa yang ingin mengelakkan pemberian ubat-ubatan, anda boleh cuba tips berikut :

  • Banyakkan serat dalam makanan anak-anak seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Berikan anak minum air yang mencukupi. Boleh juga berikan jus buah-buahan seperti tembikai dan betik.
  • Baringkan anak dan lakukan senaman kayuhan basikal untuk merangsang pergerakan najis di dalam usus.

Dah Cuba Macam-macam Ubat Namun Tak Berhasil?

Saya ada pengalaman handle masalah anak klien yang dah jaga pemakanan, dah minum air yang cukup, dah ambil sayur dan buah, dah ambil ubat doktor tapi masih alami masalah sembelit yang kronik. Selepas mengikut saranan saya untuk menambah mealshakes dalam diet harian, alhamdulillah tiada lagi masalah sembelit bagi anaknya.
Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.

Bagaimana Mealshakes membantu atasi anak sering sembelit?

  • Kandungan serat di dalam Mealshakes Shaklee ini adalah jenis larut  air dan akan bertindak sebagai pembersih usus dan perut anak.
  • Serat ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang kolestrol berlebihan. Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul, ia akan menjadi gumpalan najis,
  • Serat akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis menjadi lembut. Di sinilah pentingnya anak kita minum air masak yang mencukupi walaupun telah mengamalkan Meal Shake. Akhirnya, serat di dalam Mealshakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan mudah.

Saya Nak Cuba Mealshakes Untuk Anak Saya!

Satu canister Mealshakes hanya RM 120 sahaja (tidak termasuk penghantaran)

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke MEALSHAKES ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi Puan Zulaikha ditalian 018-3164133 untuk mendapatkan konsultasi tentang tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengeposan untuk seluruh Malaysia.

beli-sekarang-juga

Facebook Comments

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge