Anugerah Terindah Di Bulan Barakah, Eid Sa’id !

0

Bismillah.
Assalamualaikum semua.. =)
Allahu akbar. Lama benar saya bercuti rehat,hihi. Maafkan saya ya pengunjung setia sekalian. Terpaksa merehatkan diri sebentar dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru. I am a mother of two sons now!
Alhamdulillah. ^^,

11793222_1876082602616856_136199960_n
Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan pada Allah atas kurniaan anugerah cahayamata kedua ini. Saya selamat melahirkan mujahid kedua kami pada 5 Julai 2015 bersamaan 19 Ramadhan 1436 yang lepas. Bermaksud hari ini adalah hari ke 19 saya berpantang!
Banyak perkara saya tak sabar-sabar nak kongsikan bersama anda semua yang setia mengikuti setiap entri dan posting saya yang tak seberapa ni  🙂 Terima kasih atas sokongan kalian semua. InsyaAllah saya akan kembali mengaktifkan diri berblogging..
Doakan semoga saya dan mujahid baru saya semakin sihat dan cergas dengan Set Bersalin Shaklee. Sungguh. Ini pengalaman mengandung dan bersalin yang sangat berbeza dengan kandungan anak pertama. Syukur ya Rabb…
Doakan zuriat ini menjadi saham paling berharga kami didunia juga akhirat…
Dan tak terlewat untuk kami sekeluarga ucapkan Salam EidulFitri buat semua pembaca dan pengunjung blog ini. Semoga Allah menerima amalan kita, dan sampaikan kita dengan Ramadhan yang akan datang.. =)
Mohon maaf sekiranya blog UmmuAyyash ini pernah tersilap bicara, menyentuh hati mana-mana pihak.. Semoga Allah kurniakan kita istiqomah dalam amalan, dan terus dalam kebaikan..

11774441_1876079612617155_534608852_n

Salam EidulFitri daripada kami sekeluarga,
Adlan
Zulaikha
Ayyash
Miqdad AnNusair

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge