Apa Kesan Pada Kandungan Jika Ibu Hamil Tak Cukup Nutrisi?

0

Kecukupan nutrisi kepada ibu hamil sangat penting untuk menentukan adakah seorang wanita dapat melalui tempoh kehamilan dengan baik ataupun tidak. Jika ibu hamil tak cukup nutrisi, akan menyebabkan banyak komplikasi yang boleh terjadi ketika hamil, bukan saja pada dirinya akan tetapi juga memberi kesan kepada kandungannya.

4 Sebab Ibu Hamil Kurang Nutrisi

Kurangnya nutrisi pada ibu hamil terjadi bila diet ibu hamil tak memenuhi syarat keperluan tubuh badannya.

Antara sebab ibu hamil tak cukup nutrisi didalam badannya :

  • Diarrhea, loya, muntah menyebabkan kurang nafsu makan sehingga tidak ada nutrisi yang masuk.
  • Kehilangan nafsu makan kerana keadaan kesihatan lain seperti jangkitan kronik atau tekanan.
  • Penggunaan ubatan tertentu yang boleh menghalang penyerapan nutrisi.
  • Pengambilan nutrisi dan kalori yang tak mencukupi.

 

Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Jika Ibu Hamil Tak Cukup Nutrisi

Ibu hamil yang tidak mencukupkan keperluan nutrisinya akan mempengaruhi kesihatan dirinya. Nutrisi yang tak cukup sepanjang kehamilan akan menyebabkan beberapa gangguan kesihatan seperti anemia, mudah penat dan lesu, imun badan semakin rendah – mudah diserang dan mendapat jangkitan. Antara masalah yang boleh berlaku adalah :

  • Kekurangan zinc dan magnesium dapat menyebabkan pre-eklampsia dan kelahiran pramatang
  • Kekurangan zat besi dan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia
  • Pengambilan B12 yang tak mencukupi juga dapat menyebabkan masalah pada sistem saraf.
  • Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan ketika proses kelahiran
  • Pengambilan sodium yang tak mencukupi sepanjang kehamilan boleh menyebabkan keguguran dan bayi lahir mati.

Apa Kesan Pada Kandungan Jika Ibu Hamil Tak Cukup Nutrisi?

female chopping food ingredients

Kurang nutrisi pada ibu hamil boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada kandungan yang sedang membesar, termasuklah pembesaran kandungan yang perlahan dan berat lahir kurang. Kurangnya nutrisi sepanjang kehamilan juga boleh meningkatkan risiko :

  • Bayi lahir mati
  • Kelahiran pramatang
  • Kematian perinatal (bayi meninggal tujuh hari lepas lahir)
  • Gangguan sistem saraf, pencernaan, pernafasan dan peredaran darah
  • Lahir cacat
  • Beberapa organ tidak berkembang dengan baik
  • Kerosakan otak

Kesan Jangka Masa Panjang Jika Ibu Hamil Tak Cukup Nutrisi

Kesan kurang nutrisi kepada ibu hamil berbeza mengikut individu.  Namun perkara ini boleh memberikan kesan jangka masa panjang kepada kandungan, daripada bayi sehingga dewasa.

Kekurangan nutrisi sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko diabetes type 2 pada bayi, penyakit jantung, osteoporosis, kegagalan buah pinggang, gangguan perasaan dan organ yang kurang berfungsi.

Ketika peringkat kanak-kanak, perkembangan anak menjadi perlahan dan boleh menyebabkan prestasinya disekolah menjadi kurang baik. Jadi ibu-ibu, cukupkan nutrisi dan keperluan badan sebelum, semasa dan selepas kehamilah agar kesihatan ibu dan anak baik dan selamat.

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge