Bahasa IbuBapa, Penawar Atau Racun Jiwa Anak?

0

“Kenapa tak solat lagi? Tak dengar apa ABAH cakap tadi? Telinga mana? Tinggal kat hutan?” herdik abah.

“Awat menangis? Pondan?” sergah emak.

 

Biasa dengar ayat-ayat begini?

 

Mungkin kita sudah terlalu biasa sehingga tidak perasan yang biasa itu adalah sesuatu yang luar biasa. Yang di luar kebiasaan. Luar tabi’i. Bagaimana boleh seorang ibu atau bapa berbahasa sinis, sarcastic kepada anak sendiri?

 

“Sopannya berbahasa dengan anak. Menyampah!” – The Grumpy Cat.

 

Dr. Haim G Ginott di dalam bukunya BETWEEN PARENT AND CHILD, mengatakan bahawa kebiasaan berbahasa sarcastic adalah satu penyakit mental yang serius di kalangan ibu. Dengan sumpahan perkataan, ibu bapa membina benteng penghalang untuk komunikasi yang efektif.

 

Kita tidak perasan, sergahan dengan racun sinis yang mengundang amarah hendak melawan itu menyebabkan anak-anak berfantasi untuk membalas dendam. Sarcasm tidak ada tempat dalam pendidikan dan keibubapaan.

 

Marah itu menyakitkan.

 

Marah dengan ayat ‘kelakar’ agar sakit itu dibajukan dengan kehinaan, adalah lebih menyakitkan. Anak-anak yang sering disindir oleh ibu bapa menjadi anak-anak yang jiwanya penuh dendam, memberontak dan sangat jauh daripada komunikasi yang berkesan.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka. [al-Hujurāt 49: 11]

 

Dengarlah nasihat pakar kanak-kanak berbangsa Yahudi itu.

 

Sebab ayat 11 surah al-Hujurāt itu kita sudah lama buat-buat tak nampak.

 

Eh, sarcastic balik?

 

Insaflah. Insaflah. Insaflah.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge