Benarkah Sel-sel Otak Bayi Boleh Berhubung Ketika Mandi?

4

“SEORANG ibu sedang memandikan anak pertamanya. Usia anaknya baru 1 tahun lebih. Anak comelnya ketawa saat menikmati kesejukan air. Namun ibunya teramat fokus menggosok badan anaknya dengan sabun. Lalu membilasnya dengan air tanpa berkata-kata sedikitpun.”

Tahukah kita bahawa yang dilakukan ibu itu adalah memandikan anaknya, bukannya membasuh baju?

Sebenarnya, ramai ibu yang tidak sedar, bahkan tak tahu bahawa hanya dengan aktiviti mandi sahaja dapat membantu minda anak berkembang cerdas. Apa yang biasa berlaku, kebanyakan kita mesti nak cepat-cepat selesaikan urusan mandi anak oleh sebab dihambat kesuntukan masa untuk selesaikan banyak lagi perkara yang menanti.

info emas 1`

GOLDEN AGE

Tahukah kita bahawa usia 0-2 tahun disebut sebagai ‘usia emas’ ataupun golden age oleh neuroscientist. Ini kerana pada usia inilah terjadi proses tahap awal penyambungan antara sel otak. Jika pada usia ini ada sel yang tidak tersambung, maka sel tersebut akan hilang melalui program penghapusan. Itulah mengapa kehidupan seorang anak setelah dewasa bergantung pada masa golden age nya.

Dalam setiap kegiatan rutin harian yang dilakukan ibu dan bayinya terdapat banyak kesempatan yang dapat digunakan untuk membina sambungan sel-sel otak. Sebagai ibubapa, kita perlu memterjemahkan setiap aktiviti yang dilakukan dengan bayi. Bayi akan mendapat banyak pengetahuan melalui semua inderanya. Dengan menterjemahkan setiap aktiviti tersebut, otak bayi akan menyerap segala pengetahuan yang diterima dengan laju dan baik.

SEL-SEL OTAK BERHUBUNG

Contohnya, aktiviti mandi.

Proses untuk mandi akan bermula dengan membuka baju, dan ketika mana ibu atau ayah membuka baju anaknya, sebutkan pada anak, “Sayang ummi, sekarang kita nak mandi tau, meh ummi tolong bukakan baju ye. Kita baca Bismillah sama-sama. (Baca Bismillahirrahmaanirrahim)”

Selepas itu, kita boleh beritahu pada anak, mula-mula kita buka butang baju dulu, keluarkan tangan kanan, lepas tu tangan kiri dan seterusnya. Ajak anak ke bilik air. Nak lagi menyeronokkan, cuba ajak anak berlumba atau tanyakan anak, “Kita nak pergi bilik air macam katak melompat atau macam itik berjalan?” Aktiviti ni pasti buat anak jadi lebih suka dan mudah untuk mandi.

Ataupun, sambil melangkah kaki ke bilik air, boleh cuba kira langkah bersama-sama anak. Sampai depan pintu bilik air, ajarkan pula bagaimana adab-adab untuk masuk ke bilik air. Berbicaralah dengan mereka seperti kita berbicara dengan orang dewasa, jangan rendahkan standard mereka kerana mereka sebenarnya sedang menyerap jauh lebih baik daripada komputer anda!

Setelah anak masuk ke bilik air, teruskan lagi bersembang dengannya sebab kita bukan ‘memandikan’ baju yang tidak bernyawa. Sebutkan satu-persatu anggota tubuh badannya. Ajarkan fungsinya. Sebutkan benda-benda yang ada di bilik mandi. Sejuk atau panas air yang digunakan. Benda-benda yang sedang digunakannya. Usapan yang disertai dengan picitan lembut dan hangat pada tubuhnya akan membina sambungan semua sel otaknya.

Sehinggalah selesai bilasan terakhir, jangan berhenti bersembang dengan si anak. Kemudian ulang semula seperti diawal, dan beritahu pula bagaimana adab keluar bilik air. Dan terus beritahu pada anak, dia perlu ke mana selepas keluar daripada bilik air.Rutin ini, kalau diulang-ulang setiap hari akan membantu dengan lebih laju perkembangan minda si anak tadi.

Satu aktiviti harian mandi saja akan menjadikan sambungan yang banyak pada sel-sel otaknya. Rangsangan dari semua anggota tubuh badannya akan mejadikan anak kita anak yang cerdas. Dapatkah kita bayangkan betapa banyak sambungan sel yang akan terlupus sekiranya kita tidak mendampingi dan melayani anak kita sebaiknya?

Saya sendiri masih belajar dan berusaha memperbaiki dan meningkatkan kualiti hubungan dengan anak-anak. Belum terlambat lagi untuk kita membantu menghubungkan sel-sel otaknya dengan maksimum mungkin. Disamping itu kita boleh hidangkan makanan terbaik untuk minda mereka seperti minyak ikan terbaik dan lain-lain.

Kita tidak mampu memilih dilahirkan sebagai ibubapa yang hebat atau biasa-biasa. Tapi kita boleh memilih untuk menjadi bubapa yang hebat bukan? Percayalah anak kita akan menjadi lebih hebat bila kita memanfaatkan sepenuhnya tempoh golden age ini.

Selamat menjadi ibubapa terbaik yang dapat memenuhi ruang jiwa anak dengan segala kebaikan dan memenuhkan memorinya dengan setiap keindahan waktu bersama yang berkualiti.

 

Salam Kasih,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge