BERHATI-HATI DENGAN KANDUNGAN PRODUK KECANTIKAN SUPAYA TIDAK MENJEJASKAN KANDUNGAN IBU HAMIL

0

Assalamualaikum

Pengalaman mengandungkan kedua-dua anak lelaki, masa tu perasaan nak berhias diri lagi menjadi-jadi. Kata orang tua, kalau macam tu tandanya nak dapat anak perempuan,hihi. Tapi rezeki dan rahsia didalam rahim itukan hanya Allah yang tahu.

Pengalaman mengandung anak pertama dan kedua, memang banyak melalui perubahan kulit. Antara yang paling ketara adalah stretch mark, rasa gatal satu badan, muka naik jerawat teruk masa pregnantkan anak kedua dan rasa kulit makin kusam pun ada.

Tak suka tengok muka penuh jerawat sana sini, aduhaii.. Nak guna produk kecantikan memang tak berani. Takut sangat beri kesan pada kandungan. Ibu-ibu pun kena extra hati-hati ye kalau nak gunakan produk kecantikan masa hamil ni.

Kosmetik-yang-Wajib-Dihindari-Ibu-Hamil

Cuba cek kalau ada antara bahan-bahan di bawah ni. Antaranya :

√ Retinoids

Boleh didapati dalam produk mengubati akne, psoriasis dan kanser.

Kesan: Menyebabkan keguguran dan kecacatan bayi.

√ Phthalate

Boleh didapati di dalam produk rawatan kuku, gincu, produk anti penuaan dan minyak wangi.

Kesan : Pendedahan kepada toksik ini memberikan kecacatan fetus.

√ Paraben

Boleh didapati di dalam pelembap kulit, syampu, perapi, produk anti penuaan, pelindung cahaya matahari dan alat solek.

Kesan : Boleh mempengaruhi sistem hormon tubuh.

√ Pewangi

Boleh didapati di dalam pelembap kulit, pewangi, gincu dan deodoran.

Kesan : Berisiko menimbulkan masalah kepada tahap kesihatan ibu.

√ Toluene

Kebanyakannya didapati di dalam produk merias kuku.

Kesan : Mengakibatkan kerosakan otak dam sel.

√ Formaldehyde

Boleh didapati dalam produk rias kuku, pewarna dan peluntur rambut serta krim penggayaan rambut.

Kesan : Ia berkatan dengan kanser dan merupakan toksik kepada sistem pembiakan.

√ P-phenylevediamine

Banyak didapati didalam pewarna, peluntur dan semburan rambut serta syampu dan perapi.

Kesan : Mewarnakan rambut ketika hamil, ia mendedahkan diri anda dan si manja kepada bahaya kesan abnormal kepada sistem pembiakan, kanser serta kesan neurotoxic.

√ Oxybenzone

Banyak didapati dalam krim pelindungan cahaya matahari.

Kesan : Kajian menunjukkan pendedahan dalam jumlah yang besar boleh menyababkan kesan toksik dan ketidakseimbangan hormon.

 

Nasihat untuk ibu-ibu, pilihlah produk kecantikan yang sememangnya dijamin tiada bahan yang membahayakan kesihatan dan kandungan. Sayangi diri dan bayi anda. 🙂

Kalau nak tahu antara produk yang sesuai untuk ibu hamil, jom klik sini. Semoga ibu-ibu sentiasa cantik jelita biarpun sedang mengalami amukan hormon yang teruk ! 😛

 

Salam Sayang

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge