BERPANTANG SENDIRI : 12 TUGASAN ASAS SUAMI KETIKA MENJAGA ISTERI BERPANTANG

1

Assalamualaikum.

Masa tengah pregnant biasanya orang mesti nak tanya, “Pantang kat mana?” , “Siapa jaga?” ..kan? Apa jawapan ibu-ibu? Dan kebiasaannya kalau anak pertama, mesti mak atau mak mertua yang jagakan. Jarang dengar berpantang sendiri untuk anak pertama, kecuali lah kalau memang mak sendiri dan mak mertua dah takde .. Nak buat cemana kan..

 

Bila dah ada pengalaman berpantang anak pertama, mungkin ada terdetik kat hati, “Anak kedua nanti nak pantang sendiri jelah, kesian nak susahkan mak/mak mertua.. Suamikan ada, bolehla juga tolong-tolong..”

 

Haaa.. Tang part suami tolong jaga tulah nak kena explain pepanjang sikit 🙂

Biasa kalau suami, memang kita kena explain satu-satu part dari A sampai Z apa yang dia boleh bantu kita time pantang nanti. Jadi suami pun boleh bersedia dan insyaAllah, he will do the best for his wife.

 

12 TUGASAN ASAS SUAMI KETIKA MENJAGA ISTERI BERPANTANGberpantang sendiri

1# SEDIAKAN AIR MANDI ISTERI

Suami bangun lebih awal daripada isteri (biasa isteri bangun awal dari suami kan, hihi) untuk sediakan air mandi isteri. Sebaiknya air suam, dan kalau ada bahan mandian daripada daun-daun kayu bagai tu lagi bagus. Sangat-sangat bantu untuk segarkan badan tau.

Kalau sepanjang berpantang dapat mandi air rebusan daun kayu tu memang fresshhh je rasa.

2# SEDIAKAN SARAPAN

Lepas dah siap mandi, perut mesti lapar. Lagilah kalau menyusukan anak,kan. Suami boleh tanya pendapat isteri dulu kalau rasa tak tahu nak buatkan sarapan apa. Tapi pastikan suami tahu juga pantang larang makan semasa dalam pantang ni.

3# BANTU URUSKAN ANAK-ANAK YANG LAIN

Kalau ada anak kecil yang lain, suami bolehlah bantu siapkan mereka juga, mandikan, bagi makan dan sebagainya supaya anak-anak kecil lain tak meragam. Bila meragam nanti si ibu pun susah hati sama.

4# SEDIAKAN TUNGKU

Yang ni memang jadi amalan saya masa berpantang anak pertama dulu. Rasa sangat beza hari bertungku dengan hari yang tak bertungku. Jadi suami boleh tolong bakarkan daun dan bahan-bahan tu, balut tungku dan berikan pada isteri.

Tujuan utama bertungku ni sebab nak keluarkan darah kotor yang tersisa dan supaya badan lebih rasa ringan, segar dan sihat.

5# URUSKAN BAYI

Dah setelkan urusan ibu, kemudian boleh fokus pada baby pulak. Sediakan air mandi baby, mandikan dengan air suam kuku. Elakkan mandi dengan air sejuk atau terlalu panas, ia sangat membahayakan baby anda. Siapkan baby sesegera mungkin, jangan lupa tuam baby, baby pun kena tuam tau!

6# SEDIAKAN KEPERLUAN ISTERI

Apa-apa sahaja yang isteri perlukan, pastikan berada dekat dengan isteri supaya si isteri tak bangun banyak kali. Ini bertujuan nak elakkan si isteri kurangkan pergerakan supaya jahitan akan lebih mudah terjaga.

7# CARIKAN TUKANG URUT UNTUK ISTERI

Sebaiknya dah tempah 2 minggu lebih awal daripada jangkaan tarikh bersalin. Supaya mudah untuk tukang urut aturkan masa dan untuk elakkan tempahan full. Dan sebaiknya carilah tukang urut yang boleh datang ke rumah, kesian si isteri kalau kena angkut sana sini untuk berurut.

8# BANTU ISTERI SELESAIKAN KERJA RUMAH

Kalau suami rasa tak boleh nak selesaikan semua, boleh upah maid je untuk uruskan apa yang patut. Seminggu sekali pun ok, cuma pastikan persekitaran ibu nampak kemas .. kalau tak nanti stress pulak ibu berpantang tu.. =)

9# CERIAKAN WAJAH DIHADAPAN ISTERI

Para suami kena tahu, isteri dalam berpantang ni, adakala emosi mudah berubah. Naik turun. Sebab masa ni si isteri sedang dalam proses pemulihan badan dan dalaman, jadi memang badan sakit dan letih. Tapi pasti isteri rasa lega dan lapang hati bila tengok senyuman suami yang hensem tu =P

10# PASTIKAN ISTERI DAPAT TIDUR KETIKA BABY TIDUR

Ramai orang pesan kat saya macam ni masa dalam pantang dulu. Tidurlah masa baby tidur, kalau baby jaga nanti memang tak boleh tidur. Nak menyusu, menyusu dan menyusu je nanti. Letih.. Jadi cara terbaik tidurlah masa baby tidur.. Suami kena bantu isteri dapatkan rehat dan tidur yang cukup ya 🙂

11# DAPATKAN SET BERPANTANG TERBAIK UNTUK ISTERI

Sebaiknya di awal tempoh berpantang, skipkan dulu makan jamu dan herba sebagai ikhtiar untuk elakkan baby terkena jaundis. Bila dah agak stabil nanti, lepas sebulan bolehla start makan jamu. Sementara tu, boleh cari set berpantang yang lain dulu. Secara peribadi saya sendiri rasa best dengan Set Berpantang Terbaik ni, bersalin normal dan czer, dua-dua boleh makan. Selamat untuk ibu dan baby insyaAllah 🙂

12# SUAMI PERLU TAHU INFO INI

Suami kena alert dan tahu apa pantang larang untuk ibu berpantang .. Klik sini ya. 🙂

 

Terima kasih para suami sebab sayangkan isteri anda dengan menjaga mereka sebaiknya ketika dalam berpantang. Tempoh inilah badan mereka sangat perlukan rehat yang maksima untuk kembalikan semula kesihatan mereka kepada optimum.

Terima kasih atas penghargaan istimewa anda buat isteri anda.. Semoga berbahagia dengan kehadiran cahayamata baru !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Pengedar Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge