Bila Anak Buat Silap

0

Pernah satu hari, Ayyash tertumpahkan air.

Banyak. Bukan sikit. Air manis pulak tu.

Dan ummi ni cepat ‘stress’ kalau air manis tumpah sebab rumah ni pantang je benda tumpah.

Semut hurung siap bawak sejuta bala tentera dia -___-

Tapi tak sangka pulak.

Ayyash slow-slow datang kat saya dengan muka dah kedut dan redup dan bagitau,

 

“Ummi, Ayyash tertumpahkan air atas karpet. Ayyash tak sengaja.”

 

bila-anak-buat-silap

 

*Terkejut juga pengakuan berani mati dia ni*

Tiba-tiba hati saya rasa hepi.

Saya tersenyum.

Gelak kecil.

Walhal saya tahu Ayyash dah buat silap.

Lepas tu saya jawab,

“Wah bagusnya Ayyash mengaku silap! Kalau dah tumpah kita kena buat apa ni Ayyash?”

“Kena lap!”

Jawab Ayyash dengan nada suara ceria dan muka kembali cerah sebab ummi tak marah kat dia.

 

************************

 

Bila kita nampak anak buat silap, kita ada 2 pilihan.

Jegilkan mata besar-besar.

Tenung anak macam nak telan.

Jerit marah pada anak atas kesilapan kecil tu.

 

ATAU

 

Kita boleh je ketawa.

Yet saya pilih untuk ketawa.

Pilih untuk ketawa sebab benda dah berlakupun.

Kalau kita marah, bukan boleh elak benda dah jadi…kan?

Benda kecil. Simple.

Tak sengaja pula tu.

Eh kalau sengaja pun.. budak-budak kot. Dia memang tau main je.

Nak jerkah marah mencalar emosi anak, nanti jiwa sendiri yang menyesal semula >.<

Inilah Konsep Untuk Banyak Situasi Lain

Bila kadang-kadang,

Tak sengaja terlanggar adik sampai jatuh.

“Maafkan dan pesan lepas ni lebih hati-hati bila jalan/berlari”

Tersepahkan manik dan apa-apa ‘sampah’ kecil halus.

“Nah, vakum kan ada!”

Tumpahkan air, pecahkan plastik minyak masak sampai berminyak satu rumah.

“Ok, ambil mop ni”

Pecahkan barang berharga?

“Cari duit dan bayar balik barang tu”

*duit boleh cari, anak mana nak cari?*

Dan begitulah…

Bila kesilapan berlaku.

React the same. Lets fix it together.

Setiap hari pasti ada kesilapan yang berlaku.

Kesilapan kita. Anak-anak.

Manusiakan?

Normallah. 😊

 

Mak Belajar Cool,

UmmuAyyash

[wysija_form id=”1″]

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge