3 Tip Sihat Atasi Mabuk Hamil Dan Loya Tanpa Asam!

0

Seronok bukan kepalang bila doktor sahkan kandungan dah masuk 10 minggu. Patutlah kebelakangan ni asyik letih dan mengantuk je. Rupanya ikhtiar hamil selama ini membuahkan hasil. Alhamdulillah…

“Kak, saya mabuk la. Loya tekak ni asyik rasa nak muntah. Apa yang saya kena buat ni kak. Tak laratla macam ni…”

Apa Itu Mabuk Hamil @ Morning Sickness?

Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami.

Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang.

Pernah ada seorang kawan, sangat teruk alahan beliau sampai 4 bulan terpaksa ambil cuti tanpa gaji sebab mabuk teruk sampi tak boleh nak bangun. Kita yang dengar ni pun rasa kesian. Apatah lagi orang yang menanggungnya tu kan. Syukurlah anak kedua berkurang sikit alahan tu.

Bolehkah mabuk hamil menjejaskan bayi saya?

Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada makanan yang dimakan, dan minum banyak cecair.

Rasa loya ialah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Wanita yang mengalami mabuk hamil didapati kurang berkemungkinan mengalami keguguran berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa jika anda tidak rasa loya, kehamilan anda tidak sihat.

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika. Mungkin selama sebulan anda hanya mampu menelan nasi putih dan air sahaja, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini. Anda mempunyai banyak masa untuk makan secara sihat selepas mabuk hamil ini reda.

Hati anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tidak kisahlah jika anda tidak banyak makan. Pelan makanan trimester ke trimester kami dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan sepanjang kehamilan.

Namun begitu, anda perlu mengambil asid folik kerana ia adalah nutrien yang penting dalam trimester pertama. Ambillah 400mcg asid folik sehari kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi berkembang dengan baik. Anda juga boleh mengambil multivitamin kehamilan. Salah satu kebaikan multivitamin ini ialah anda hanya perlu menelan satu tablet sahaja untuk mendapatkan nutrien yang badan anda perlukan. Ini sangat baik jika anda sering memuntahkan makanan yang ditelan.

KREDIT

3 Tip Sihat Atasi Mabuk Hamil Dan Loya Tanpa Asam!

Biasanya, ibu-ibu hamil akan mengunyah asam untuk hilangkan rasa loya namun asam tidak memberikan sebarang manfaat dan khasiat kepada ibu dan bayi. Sebaiknya, pilih makanan dan boleh mencukupkan zat dan nutrisi buat ibu hamil untuk menggantikan nutrisi yang telah hilang.

1# Makan makanan yang kaya dengan protein

Wanita yang hamil harus makan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B.Elakkan makanan pedas, berminyak, bergoreng yang boleh mendatangkan rasa loya.

2# Minum teh halia

Air teh halia yang tak terlalu pekat boleh mengurangkan rasa loya buat ibu hamil.

3# Pengambilan suplemen yang bantu atasi masalah loya seperti Vitamin C Chewable dan Peppermint Ginger Plus yang mana keudanya sangat membantu ibu hamil dalam mengatasi masalah loya ketika hamil.

Suplemen Bantu Kurangkan Rasa Loya Dan Mabuk Ketika Hamil

Peppermint Ginger Plus

Dalam peppermint ginger plus ini terdapat 4 herba yang bagus untuk atasi masalah loya dan mabuk ketika hamil.

1) PUDINA

  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
  • Membantu dalam penghadaman, mabuk, membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit – birit.
  • Mengurangkan muntah atau loya.
  • Melegakan kesan – kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi.
  • Meransang mengeluarkan peluh, oleh itu ia sangat bagus bagi menyekat demam apabila dijangkiti selsema.
  • Perasaan sejuk dna menyegarkan daripada pudina membantu pemikiran yang jelas dan lebih fokus.

2) HALIA

  • Meransang rembesan enzim Salvia unutk pencernaan makanan.
  • Melegakan ketidakselesaan perut, usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan dalam pantang.
  • Satu kajian di United kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita.
  • Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedy lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah maslaah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.

3) Cekur Manis (Anise)

  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan.
  • Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap.
  • Memberi tenaga peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

4) Pokok Adas (fennal)

  • Orang – orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
  • Melegakan sakit perut,
  • Melegakan gejala selsema
  • Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Chewable Vitamin C

  • Rasa sitrus yang hebat
  • Sangat sedap bila di kemam-kemam untuk melegakan rasa ketidakselesaan ketika selepas muntah
  • 100 mg chewable Vitamin C bersamaan dengan setengah biji buah oren sebenar

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge