Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Supaya Tak Digelar Mata Panda

0

Pernah tak orang tegur mata anda nampak macam mata panda? Silap hari bulan orang tanya, “Mata kena tumbuk ke sampai lebam?” Itulah dia lingkaran hitam bawah mata, dan saya tahu ramai sangat hadapi masalah macam ni.

sama ke sama? Kembar ke?
sama ke sama? Kembar ke?

 

APA PUNCA BERLAKUNYA LINGKARAN HITAM BAWAH MATA ?

dark

Banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata atau paling mudah kita sebut sebagai ‘eyebag’. Kenapa eybag ini terjadi?

1# PENUAAN

Kulit dibawah mata kita ni halus sangat dan nipis, jadi bila kita semakin meningkat usia, akan menyebabkan pembuluh darah lebih menonjol dan akan menyebabkan terjadinya lingkaran gelap.

2# GENETIK

Ada jugak orang yang ‘bermata panda’ sebab genetik keturunan. Eh, bukan keturunan panda tau =P  Tapi kot mak ayah dia ada mata macam tu, jadi tak mustahil dia pun macam tu.

3# KEKURANGAN NUTRISI

Badan yang kekurangan Vitamin A, C, E, K juga menjadi punca berlakunya eyebag ni. Disarankan ambil makanan yang tinggi vitamin tersebut atau ambillah suplemen yang boleh bantu lengkapkan nutrisi tu.

4# TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI

Semakin tinggi terdedah kepada cahaya matahari, akan semakin membuatkan pigmentasi kulit menjadi gelap dan mengakibatkan penghasilan melanin di sekitar mata menjadi lebih banyak daripada biasa.

5# PERUBAHAN HORMON

Khusus kepada wanita, kadang-kadang orang boleh agak kita sedang ‘datang bulan’ bila tengok bawah mata kita menjadi lebih gelap daripada biasa. Itu adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku.

6# ALERGI

Eye bag ini juga disebabkan tabiat menggosok kulit di sekitar mata yang gatal akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan yang menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

7# RISIKO PENYAKIT

Eyebag juga adakala boleh dikaitkan dengan punca beberapa penyakit seperti anemia, dehidrasi badan dan penyakit hati seperti hepatitis.

PETUA UNTUK HILANGKAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA

Anda boleh cuba beberapa petua dibawah ni, mudah je caranya –

1) Uncang Teh

Lepas bancuh teh, jangan buang uncang tu. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara tu bolehla tidur dan relax dulu.. =)

2) Timun

Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3) Kentang

Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4) Putih Telur

Biasa putih telur ni orang buat masker jugakkan. Untuk eyebag, sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, tapi akan buatkan mata jadi lebih segar!

5) Air kosong

Elakkan pengambilan air kosong  1 atau 2 jam sebelum tidur. Pengambilan air kosong 1 hingga 2 jam sebelum tidur boleh menyebabkan berlakunya eyebag.

6) Eye Treatment

11720725_1866286033596513_1902196823_n

Kalau rasa tak rajin nak sediakan timun kentang bagai, boleh gunakan Eye Treatment ni, senang dan mudah nak bawak mana-mana. Colek sikit je sapu bawah mata tu =)

Yang bestnya sebab Krim ni paraben free, langsung tak membahayakan kulit kalau guna..

Murah pulak tu! RM 65 je termasuk pos.

Boleh pakai untuk sebulan hingga sebulan setengah. ^__^

#TESTIMONI ?

11720641_1866291126929337_1219574697_n

testimoni+eye+treatment+shaklee

Jadi untuk anda-anda yang taknak orang panggil mata panda lagi, taknak orang nampak kita ni tak macam tak bermaya tak cukup tidur je.. Cepat-cepat buat petua kat ats tu. Nak lagi mudah guna je krim bebas paraben ni, dijamin selamat =)

Terus hubungi Zulaikha 018-3164133 untuk dapatkannya beserta tip dan cara penggunaan yang betul supaya anda akan dapat hasil yang memuaskan. Namun kalau rasa terdesak sangat sampai tak sanggup nak tunggu boleh terus order kat bawah dan tunggu je barang sampai depan rumah.

Selamat hilangkan mata panda!

order shaklee

 

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

018-3164133

Pengedar Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge