3 Perkara Perlu Lakukan Untuk Tingkatkan Kepadatan Tulang

0

Tulang ni benda hidup yang Allah ciptakan, terdiri dari sel tulang, saraf, pembuluh darah dan sumsum tulang. Mungkin ramai yang belum tahu, tulang ni selalu melakukan penghancuran dan kemudian membina semula jaringannya sendiri, dan ini menjadikan dia kuat dan tak mudah patah. Namun, atas beebrapa sebab, kepadatan tulang boleh menurun dan sekiranya berlarutan maka ia boleh akibatkan osteoporosis. Jadi bagaimana nak tingkatkan kepadatan tulang kita?

3 Perkara Perlu Lakukan Untuk Tingkatkan Kepadatan Tulang

Kepadatan tulang boleh dipengaruhi oleh banyak perkara, terutama nutrisi dan aktiviti yang dilakukan. Ada 3 perkara anda boleh lakukan untuk pastikan kepadatan tulang sentiasa dalam keadaan yang sangat baik.

1. Olahraga

Olahrga sangat mempengaruhi kesihatan tulang, semakin kerap kita melakukan aktiviti olahraga yang menekan tulang (weight bearing exercise), semakin kuat tulang kita. Antara senaman yang boleh membantu tingkatkan kekuatan tulang — berlari, jogging, aerobik, tennis dan lompat tali.

Senaman yang melatih ketahanan otot juga boleh bantu menguatkan tulang dan bahagian badan seperti angkat berat.

2. Cukupkan pengambilan nutrisi yang penting dan bantu menguatkan tulang. Antara nutrisi yang penting adalah :

  • Protein : protein sangat penting dalam membentuk tulang dan memberi kelenturan pada tulang
  • Kalsium : merupakan mineral utama pada tulang
  • Vitamin D : berperanan penting untuk menjaga kesihatan tulang terutama bantu penyerapan kalsium
  • Vitamin K : Diperlukan tulang untuk ubahsuai protein yang terlibat dalam pembentukan tulang supaya protein dapat mengikat mineral dalam tulang dan mencegah hilangnya kalsium dalam tulang
  • Magnesium : penting untuk mengubah vitamin D menjadi bentuk aktif supaya dapat tingkatkan penyerapan kalsium
  • Zinc : Menyokong pembentukan sel tulang dan mencegah penghancuran tulang berlebihan
  • Omega 3 : Membantu menjaga kepadatan tulang, melindungi tulang dari kerosakan ketika dalam proses penuaan, anti keradangan

Ada kajian juga menyatakan pengambilan protein yang rendah boleh kurangkan penyerapan kalsium serta mempengaruhi kadar pembentukan dan penghancuran tulang sehingga memenuhi keperluan protein dan kalsium setiap hari.

3. Jaga berat badan

Berat badan juga penting untuk meningkatkan kesihatan tulang. Berat badan yang rendah merupakan faktor utama kepadatan tulang merosot, manakala berlebih berat badan juga mengganggu kesihatan tulang dan meningkatkan risiko patah tulang.

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge