Cara Mudah Buat Homemade Playdoh Tanpa Perlu Panaskan Atas Api

0

Assalamualaikum 🙂

Semalam terlena awal, jam 10.30 dah tidur. Menyusukan si kecik tu dengan ummi sekali hanyut. Makanya jam 2 pagi dah terbuntang mata, segar rasa badan kalau dapat tidur awal (jarang sangat dapat tidur awal macam ni)

Masa anak-anak lena nilah ummi dengan gigih nak buat projek homemade playdoh untuk aktiviti homeschooling Ayyash. Bahan-bahan nak buat dah lama tersedia, cuma tunggu masa je nak kerjakan.

Ummi banyak tengok resepi buat homemade playdoh, tapi semua buat kena panaskan atas api. Bab-bab guna dapur ni kurang sikit rajinnya..ahakssss. Maka ummi pun cuba buat tanpa guna api, alhamdulillah menjadi !

 

homemade playdoh fea

Bahan-bahan :

  • 3-4 cawan tepung
  • secawan air panas
  • 1/3 cawan garam
  • 2 sudu besar krim tartar
  • 2 sudu besar minyak
  • sedikit pewarna

Cara nak buat :

  1. Masukkan semua bahan ( tepung + garam + Krim tartar + minyak + air panas )
  2. Gaulkan sampai doh tak melekat di tangan
  3. Satu bancuhan ni dah banyak tau, lepas dah siap uli boleh bahagikan empat (sebab ada empat warna)
  4. Lepas tu masukkan pulak warna dalam doh tadi dan uli semula
  5. Siap untuk dimain !

Seronok tengok Ayyash teruja dapat playdoh ni. Lepas siap main boleh bubuh dalam plastik simpan dalam peti ais. Tahan lama 🙂

Selamat mencuba !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge