Stress Muka Breakout, Wanita Ini Kongsikan Rahsia Wajah Kembali Pulih

0

 

Benda yang paling ditakuti oleh ramai orang terutama wanita – muka breakout. Boleh merudum teruk self confidence bila muka breakout ni. Memang kemurungan jadinya…

Muka breakout bermaksud kulit muka menjadi rosak bukan sahaja sebab jerawat, parut dan sebagainya tetapi keseluruhan muka mengalaminya dan kadang-kadang muka breakout juga menjadikan muka kita luka, panas, sentiasa sakit dan amat susah untuk dibaiki lagi.

Muka breakout terjadi apabila seseorang itu mengalami kesan-kesan buruk dalam memakai produk mekap atau produk penjagaan kulit wajah yang salah, tidak sesuai dengan kulit mereka, produk tersebut telah expired dan juga kerana produk tersebut mengandungi bahan kimia dan telah bertindak ke muka mereka.

Kes ini sering menjadi perhatian dan memenuhi ruangan akhbar setiap tahun malah ia juga melibatkan produk-produk kosmetik timbang kilo dan faktor-faktor lain lagi.

Pengalaman Muka Breakout

Wanita ini dah 10 tahun muka breakout akibat produk. Dah cuba bermacam jenis produk dari yang murah kepada yang mahal.

Ikuti kisah dan pengalaman wanita ini cara atasi muka breakout dengan cepat menggunakan skincare semulajadi.

Rawatan Selamat Untuk Muka Breakout Gara-gara Produk Timbang Kilo

Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee.

Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah.

Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada.

Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu.

Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.

Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk.

Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doktor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.

Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu.

Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.

Mula stabilkan hormon

Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelumnya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi.

Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari. Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar. Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik.

Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya.

Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge