Catatan Hari Pertama Miqdad AnNusair Warded Di IJN

1

Hari demi hari, debaran dihati makin terasa ke kemuncaknya. Tarikh pembedahan miqdad semakin hampir, cukup membuatkan hati berasa galau setiap kali memikirkan tentangnya.

Menanti abi berpulangan dari menyelesaikan amanah di Kelantan, cukup untuk beri ummi waktu membuat persiapan untuk musafir yang panjang dan mencabar ini.

18 oktober 2015

Gerak daripada rumah abang ipar di shah alam, umi abi terpaksa tinggalkan abang ayyash seketika. Tapi nampak seperti abang ayyash pun suka dapat bertemu dan bermain bersama sepupu2 yang rajin melayan. Syukur.. Allah permudahkan untuk pergi mendaftar hari ini.

Jam 11 pagi, selesai mendaftar dan pembayaran deposit, miqdad ditempatkan di wad biasa tingkat 5, wad melur, katil B562.

Berehat sebentar sambil berselfie dengan abi dan miqdad. Rasa bahagia dengan momen ini walaupun sekadar di hospital. Syukur ya Allah.

Selesai melenakan miqdad di ribaan umi.. Abi mohon diri untukpulang sebentar bagi mengambil barang keperluan yang lain. Ok. Umi pun nak rehat…

Jam 1.10 tengahari, miqdad dipanggil dr tamaya ( doktor korea ) untuk prosedur cek up biasa dan 10 minit kemudian miqdad diambil untuk ambil darah.

Huhu.

Perkara yang paling umi tak boleh dengar dan lihat. Kuat suara Miqdad menangis, tapi umi tahu miqdad kuat untuk itu. Bertahanlah nak. Sekejap sahaja lagi …

****************

Sejak jam 5 petang sehingga Maghrib.. Miqdad meragam dan menangis dengan kuat. Puas umi cuba tidurkan Miqdad, tapi tak berjaya. Rupanya sebab sejuk sangat. Ya Allah, maafkan umi.. Macam mana umi boleh biarkan Miqdad tanpa selimut. Selepas kena balut, lena Miqdad tidur sehingga pagi.

Beberapa kali je terjaga untuk menyusu dan makan ubat. Alhamdulillah untuk hari pertama ini..

 

UmmuAyyash

Wad Melur | B562 | IJN

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge