Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bahaya Hb Low, Boleh Akibatkan Tumpah Darah Ketika Bersalin!

0

Masalah hb rendah ketika hamil sangat biasa berlaku dikalangan ibu hamil, namun masalah ni tak boleh diambil ringan dan dibiarkan tanpa rawatan. Walaupun sesetengah ibu mungkin rasa ‘annoying’ sebab asyik kena ‘ceramah’ dengan nurses dan doktor, tapi sebenarnya demi kebaikan ibu juga sebab terlalu banyak komplikasi kalau hb low semasa hamil.

Bahaya Dan Risiko Hb Rendah Ketika Hamil

1. Ibu mudah letih dan lesu

Masalah hb rendah bagi memang boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus. Ia berlaku disebabkan kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Orang yang nampak pucat je tu memang kebiasaanya ada maslah hb low.

2. Mudah berlaku keguguran

Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, badan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan, lalu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.

3. Tumpah Darah Ketika Bersalin

Apabila bacaan Hb tidak menunjukkan peningkatan sehinggalah waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah. Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk seseorang memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) akan meningkat demi menyelamatkan nyawa.

4. Tumbesaran Bayi Terganggu

Menurut laman kesihatan Web MD, bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malah, bayi mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.

5. Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)

Hb rendah juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi, di mana sejak dalam kandungan lagi bayi tidak dapat membesar dengan normal. Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. Kes sebegini juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.

6. Bayi Berisiko Meninggal Dalam Kandungan

Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.

7. Postpartum Depression

Dalam sebuah jurnal kesihatan, kajian oleh Intercollege Physiology Program and the School of Nursing mendapati bahawa wanita yang memiliki bacaan Hb rendah selepas bersalin lebih berisiko mengalami masalah tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.

8. Risiko Kematian Ibu

Paling menakutkan, dalam kes yang paling teruk, hb rendah yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.

 

Cara Naikkan Hb Pada Ibu Hamil

Ada 4 nutrisi wajib yang perlu ada dan cukup buat ibu hamil, mesti ada semuanya iaitu,

  • Zat Besi – Bantu hasilkan hemglobin
  • Asid Folik – sejenis vitamin yang menghasilkan sel
  • Vitamin C – bantu zat besi diserap dengan baik ke dalam badan
  • Vitamin B12 – membantu membentuk sel darah merah yang sihat

Di Shaklee, masalah Hb rendah sering menjadi perbincangan terhangat antara saya dan pelanggan sejati , terutamanya ibu mengandung. Sebagai cara mengatasi hb rendah semasa mengandung, saya syorkan pengambilan:

hb rendah masa hamil

  1. Vita-Lea – Multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral temasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membantu merangsang pembentukan sel darah merah.
  2. B Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang utama termasuk vitamin B12  dan asid folik atau folat. Disamping membantu tumbesaran janin serta ibu mengandung mengawal tekanan dan stress (anti-stress).
  3. Sustained Release Vitamin C – Meningkatkan kemampuan tubuh menyerap zat besi dan B12. Selain membantu membekalkan tenaga, tingkatkan imun badan dan cegah daripada jangkitan.

Vitamin ini perlu diambil setiap hari secara konsisten dan berterusan. Ini kerana hemoglobin akan bertambah 1 g/dl jika kita makan vitamin secara konsisten dan berterusan selama 10-14 hari .

Cuba ikuti perkongsian dan pengalaman ibu ini yang menghadapi masalah hb rendah yang teruk ketika hamil.

 

Jika anda sudah mengambil vitamin klinik, farmasi dan sudah mencuba pelbagai cara, namun bacaan Hb anda masih tidak naik atau berubah, anda patut cuba Set Anemia Shaklee  yang boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil.

Ramai ibu-ibu dengan masalah anemia telah mencuba set produk ini, dan merasai sendiri perubahannya, termasuklah saya.

 

ummuayyash order

Facebook Comments

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Leave A Reply

CommentLuv badge