Hb Rendah Masa Hamil, Bahaya Ke?

0

Hb rendah masa hamil ni bukan satu perkara luarbiasa, memang ramai ibu-ibu yang alami masalah hb rendah masa hamil ni, namun benda ni tak boleh dipandang ringan ye. Bahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan tu.

Macam-macam komplikasi boleh terjadi masa hamil; salah satunya ialah anemia (hb rendah).

Anemia ni terjadi bila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. Sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yang bawak masuk oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan.

Cara nak tambah sel-sel darah merah? Dengan zat besi.

Malang sekali, kebanyakan mak yang hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan extra badan (sebab dah ade baby). lagi teruk kalau dah kena morning sickness dan selalu muntah-muntah.

Kalau betul-betul serius, memang kena masuk wad.

 

Risiko Hb Rendah

Pada trimester pertama : Hb yang rendah meningkatkan risiko terjadinya keguguran.

Pada trimester kedua : Anemia mungkin boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pramatang, pendarahan, gangguan pertumbuhan janin dalam rahim, kematian bayi di dalam rahim, mudah terkena infeksi dan boleh menyebabkan risiko kematian pada ibu.

Ketika bersalin : Ibu yang menghidapi anemia mungkin menjadi cepat letih dan tidak mempunyai cukup tenaga. Ini akan menyebabkan gangguan kepada proses bersalin. Berkemungkinan ibu terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan luar untuk melancarkan proses bersalin.

Bacaan Hb Ketika Hamil

hb rendah

Bagi ibu mengandung, berikut adalah tahap paras hemoglobin (Hb) dalam darah yang menunjukkan kategori anemia :

Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl)       Kategori Anemia     
> 11.0 Normal
9.5 < 11 Anemia Ringan
8.0 < 9.5 Anemia Sederhana
6.9 < 8.0 Anemia Kritikal
< 6.9 Anemia Sangat Kritikal

 

Punca Hb Rendah Ketika Hamil

1) Kekurangan iron (zat besi) ekoran kerana diet pemakanan harian yang tidak seimbang.

2) Kelemahan penyerapan zat besi dalam badan.

3) Faktor genetik seperti pembawaan penyakit talasemia.

4) Kehilangan banyak darah semasa kehamilan/haid.

5) Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.

6) Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.

7) Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah).

Risiko Anemia Terhadap Ibu

1) Mudah mendapat penyakit jantung

2) Mudah mendapat jangkitan

3) Jika berlaku pendarahan, keadaan akan menjadi lebih mudarat

4) Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.

5) Kemurungan selepas bersalin.

6) Kematian ibu

Risiko Anemia Terhadap Bayi

1) Bayi turut menghidap anemia

2) Kelahiran pra-matang (tidak cukup bulan) atau bayi mengalami kekurangan berat badan semasa lahir

3) Bayi mengalami masalah lewat perkembangan

4) Bayi menghidap kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.

5) Keguguran

6) Bayi meninggal di dalam kandungan

Cara Naikkan Hb Pada Ibu Hamil

Ada 4 nutrisi wajib yang perlu ada dan cukup buat ibu hamil, mesti ada semuanya iaitu,

  • Zat Besi – Bantu hasilkan hemglobin
  • Asid Folik – sejenis vitamin yang menghasilkan sel
  • Vitamin C – bantu zat besi diserap dengan baik ke dalam badan
  • Vitamin B12 – membantu membentuk sel darah merah yang sihat

Di Shaklee, masalah Hb rendah sering menjadi perbincangan terhangat antara saya dan pelanggan sejati , terutamanya ibu mengandung. Sebagai cara mengatasi hb rendah semasa mengandung, saya syorkan pengambilan:

hb rendah masa hamil

  1. Vita-Lea – Multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral temasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membantu merangsang pembentukan sel darah merah.
  2. B Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang utama termasuk vitamin B12  dan asid folik atau folat. Disamping membantu tumbesaran janin serta ibu mengandung mengawal tekanan dan stress (anti-stress).
  3. Sustained Release Vitamin C – Meningkatkan kemampuan tubuh menyerap zat besi dan B12. Selain membantu membekalkan tenaga, tingkatkan imun badan dan cegah daripada jangkitan.

Vitamin ini perlu diambil setiap hari secara konsisten dan berterusan. Ini kerana hemoglobin akan bertambah 1 g/dl jika kita makan vitamin secara konsisten dan berterusan selama 10-14 hari .

Cuba ikuti perkongsian dan pengalaman ibu ini yang menghadapi masalah hb rendah yang teruk ketika hamil.

 

Jika anda sudah mengambil vitamin klinik, farmasi dan sudah mencuba pelbagai cara, namun bacaan Hb anda masih tidak naik atau berubah, anda patut cuba Set Anemia Shaklee  yang boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil.

Ramai ibu-ibu dengan masalah anemia telah mencuba set produk ini, dan merasai sendiri perubahannya, termasuklah saya.

 

ummuayyash order

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge