Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[Homeschooling] Aktiviti 1 : Mengasah Motor Skill Anak 2 Tahun

4

Assalamualaikum

 

Dah lama plan nak buat homeschooling kat Ayyash, sekarang tengah susun-susun aktiviti-aktiviti best untuk dia buat. Macam-macam! Nak asah motor skill dia. Nak ajar Alif Ba Ta. Nak kenalkan ABC. Kenal Allah, kenal Nabi. Mulakan pekerjaan dengan doa. Semai akhlak mulia sejak kecil dan macam-macam lagi.

Ya Rabb.

Setiap hari rasa bertambah-tambah amanah yang ada. Semua ibupun nak buat yang terbaik kan untuk anak dia? Sebab inilah saham kita paling paling paling berharga kat akhirat nanti.

Eh eh, panjang pulak muqaddimah. Hehe. Ummi saja nak share, first aktiviti untuk Ayyash semalam. Sebelum-sebelum ni ada juga aktiviti cuma ummi tak sharekan disini. Lepas ni Ummi cuba konsistenkan untuk share sebagai simpanan ummi sendiri dan moga dapat bantu ibu-ibu yang lain sedikit sebanyak.

homeschool 1

 

Simple Fine Motor Skill Activity semalam untuk mujahid ummi — Ayyash. ๐Ÿ™‚

Bahan diperlukan :

  • Tanah Liat (ummi tak belajar buat doh lagi, next time — dah masuk list)
  • Stick colourful
  • Plastik transparent atau kertas A4
  • Marker Pen

AKTIVITI A

  • Bentukkan tanah liat tu jadi macam bentuk panjang, buat ikut bilangan warna stick yang ada tu
  • Untuk first step, ummi akan letakkan satu warna stick di setiap tanah liat
  • Dan Ayyah akan bahagikan stick-stick tadi ikut warna yang ummi dah tetapkan
  • He really enjoy it !

12242230_1924853974406385_1360768210_n

 

12231267_1924853951073054_2050357259_n

 

12207990_1924853921073057_966861644_n

 

12233331_1924853904406392_1340305016_n (1)

 

Sambil-sambil ajarkan dia kenal warna, boleh ajar sekali untuk mengira.

Dan yang penting juga kat sini sebab boleh asah motor skill dia. Kita ni senang sangatla nak cucuk stick kecik tu kat tanah liat. Tapi bila tengok anak buat rupanya susah bagi dia. Boleh bantu dia untuk fokus jugak. ๐Ÿ™‚

Dua tiga kali juga ulang aktiviti ni semalam supaya dia boleh ingat dan simpan memori ni.

 

******************************************

AKTIVITI B

Guna Plastik atau kertas A4, tanah liat, stick dan marker pen

  • Tulis satu atau dua huruf
  • Ajar anak untuk ikut bentuk huruf tu menggunakan tanah liat dan stick kayu tadi tu

12212567_1924853871073062_1882535983_n

 

12212078_1924853844406398_1959613911_n

 

12233474_1924853851073064_1486030538_n

 

Memang enjoy buat dengan Ayyash ! Hehe. Tapi Ayyash ni cepat bosan sikit, tapi takpe. Ni first time dia buat, lepas ni ummi bagi game lain pulak, yeaay!

Apa lagi aktiviti best yang ibu-ibu buat untuk anak-anak? Jom sharing-sharingโ™ฅ

Selamat mencipta momen indah dengan anak-anak !

 

Salam Sayang

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Facebook Comments

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Discussion4 Comments

    • Wslm Puan ๐Ÿ™‚
      Biasanya saya peruntukkan 1 aktiviti dalam satu masa untuk beri dia fokus dan faham sesuatu aktiviti. Kalau aktiviti yang dia mudah (dan dia cepat boring๐Ÿ˜…), saya akan buat 2 aktiviti terus.

Leave A Reply

CommentLuv badge