Ihtifal Maahad Tahfiz Aman Bestari Vokasional (MTABV)

3

Bismillah..

Assalamualaikum & salam ceria semua πŸ™‚

Semalam seharian berprogram di Majlis Ihtifal dan Perasmian Maahad Tahfiz Aman Bestari Vokasional Puchong. Kita buka booth kat sana, alhamdulillah. Sangat seronok dapat kutip pengalaman baru! ^_^

Sebenarnya tujuan ke sana nak raikan kecemerlangan dua adinda kesayangan saya.. Dua-dua bakal menjadi hafizah insyaAllah. Seorang umur 14 tahun dan seorang lagi 9 tahun. Dua-dua duduk asrama.. πŸ˜€

PEMBUKAAN MAJLIS DENGAN BACAAN HAFAZAN PELAJAR UMUR 9 TAHUN – SURAH AL BAQARAH

Ainda bongsu saya, Amni Humaira' Binti Ali :)
Adinda bongsu saya, Amni Humaira’ Binti Ali :)

Sebelum perasmian majlis, Adinda comel saya diminta Ustazah beliau untuk menyampaikan bacaan hafazan beberapa ayat daripada surah Al Baqarah. Lancar je kedengaran bacaan beliau. Jeleeesss tau saya, sebab adik kecik-kecik dah hafal banyak. Subhanallah, untunglah ibu bapa yang didik anak untuk hafal Al Quran, terang hati mereka insyaAllah. =)

Selesai bacaan hafazan, kami dipersembahkan pula dengan qasidah burdah daripada pelajar-pelajar tahfiz tersebut.. Comeeel je dengar diorang alunkan qasidah. Tenang rasa…

Hasil tulisan khat yang mendapat nilai RM 8k!
Hasil tulisan khat yang mendapat nilai RM 8k!
adikcomel bergaya dengan produk kesayangannya ~ Shaklee :)
adikcomel bergaya dengan produk kesayangannya ~ Shaklee :)

Antara slot yang menarik, slot bida hasil tulisan khat yang sangat unik. Bidaan bermula dengan nilai RM 1k. Dan sungguh tak sangkaaa… nilai tertinggi diletakkan untuk hasil tulisan khat tersebut mencecah RM 8k! Subhanallah! Dan sumbangan wang tersebut akan disalurkan kepada Maahad Tahfiz tersebut. Untunglah penyumbangnya, dah ada pahala jariah!

BERTEMU CHEF ANDRI HADI πŸ™‚

Saya(bertudung hitam) bersama Penulis muda CikPuan Rahmah Mokhtar dan Chef Andri Hadi. :)
Saya(bertudung hitam) bersama Penulis muda CikPuan Rahmah Mokhtar dan Chef Andri Hadi. :)

Saya tak pernah kenal pun Chef ni sebenarnya, tapi bila kali pertama melihat hasil buku resepi beliau, saya rasa sangat tertarik. Selalunya saya bukanlah jenis yang suka sangat tengok buku resepi ni..sebab rasa semua resepi dalam buku tu lagi susah daripada praktikal dia. -_-

70 Citarasa Chef Andri Hadi :)
70 Citarasa Chef Andri Hadi :)

resepi andri hadi

 

Tapi lepas belek-belek buku beliau, saya dapatkan satu untuk simpanan peribadi saya! Gaya penulisan beliau dalam tu buat saya rasa — MEMASAK ITU MUDAH ! Haha..Kata nak jadi supermom kan.. hihi. Nakla jugak masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak. Sempat jugaklah bergambar dengan beliau… tagline beliau yang femessss — Yummy yummy!!

Alhamdulillah.

Hari yang saya rasa sangat best dan bermakna…

Even hasil jualan tak seberapa pun, tapi banyak yang saya dapat belajar secara direct an indirect. Ya.. Allah beri ikut keperluan kita, dan teruskan sangka baik dengan Allah ya! Weee~~~

Dan yang paling bestnya bila anakanda comel ‘Ayyash sangat behave haritu walaupun tidur malam hanya 4 jam je.. saya assumed dia akan ngamuk-ngamuk, hihi. Tapi sangat syukur sebab dia memang suka suasana ramai-ramai macam tu.. senang bawak ke majlis. πŸ™‚

motivate

InsyaAllah ‘Ayyash,ummy akan susun dan atur pendidikan dan pengisian jiwa terbaik buatmu. Ummy nak ‘Ayyash yang kalungkan mahkota buat ummy dan abi disana kelak. Sesuai dengan apa yang Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sabdakan,

β€œSesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah… Aaameeen! =)

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion3 Comments

  1. Aslkm
    Puan, saya berminat juga untuk hantar anak di Maahad Tahfiz Vokasional Seri Aman.. bole puan berikan no telefon untuk saya hubungi.
    TERIMA KASIH.
    bole juga whatsapp saya di 01128066899

Leave A Reply

CommentLuv badge