Isteri Super VS Suami Hebat.

0

Pernikahan antara dua insan yang asing, walaupun pada hakikatnya dah berkenalan lebih 10 tahun, tetap tak sama bila kita kenal dia masa mula-mula hidup sebumbungkan?

Sebelum nikah mungkin kita nampak pasangan kita tu perfect macam-macam. Pandai jaga adik-adik dia, rajin tolong mak, pandai urus rumah. Tapi totally terbalik bila dah berumahtangga dengan kita. Kenapa?

suami & isteri :)
suami & isteri :)

Kadang rasa geli hati bila teringat balik momen-momen lucu, masam manis sepanjang dah hidup sebumbung. Sangat tak percaya, dia yang kita kenal sebenarnya belum habis kenal pun lagi. Betul tak?

Ada je peristiwa-peristiwa baru yang terjadi untuk test kefahaman kita sebagai suami isteri. Kadang masih boleh maintain cool, kadang merajuk tunggu dipujuk, dan kadang tu rasa nak mengamuk. Hee..

Macam CikPuan dalam video ni, walaupun mungkin tak semua suami macam tu kan (sebab ada suami yang sangat pandai dalam bab jaga dan urus anak — macam suami saya) hihi.

Tapi kebanyakan suami memang macam ni.. sampai kadang rasa nak marah pun tak boleh, nak gelak pun ada. Saksikan video ni supaya anda tahu apa istimewanya anda berbanding suami 🙂

 

KOMUNIKASI LAIN BAHASA

Lelaki dan perempuan memang dua insan yang sangat berbeza..kan? Terutama bab-bab beri arahan, nak sampaikan maklumat dan nak luahkan perasaan.

Selalu tak jadi macam ni dalam perhubungan anda?

Apabila Isteri berkata;

“Rumah ini selalu bersepahlaahhh”
(Ayat biasa hari-hari kot,hehe)

Yang sebenarnya isteri maksudkan adalah;

“Hari ini saya nak rehat, tapi rumah bersepah. Saya letih dan mahu rehat.”

Tanpa pemahaman seperti atas, suami akan faham yang isteri cakap macam ni;

“Rumah ini bersepah sebab awak. Asyik saya je yang kena kemas semuanya. Dan bila dah kemas, sepah balik. Kamu menyusahkan saya je”

Tapi lain pula keadaan bila suami berkata;

“Saya ok”

Yang dimaksudkan oleh suami itu adalah;

“Saya ok dan saya boleh uruskan tekanan ini dengan baik. Saya tak perlukan pertolongan”

Dan isteri selalu salah anggap yang dimaksudkan begini;

“Saya tidak tertekan kerana saya tidak ambil peduli”

atau

“Saya tidak berkongsi perasaan tertekan saya dengan awak. Saya tak percayakan awak”

131526_ldr

Dan banyak lagi dialog-dialog harian yang kekadang tu hanya benda kecil je.. Tapi bila suami isteri tiada sefahaman yang baik dan komunikasi yang berkesan, itulah puncanya perselisihan dan pertengkaran kecil.

Jadi lepas ni wahai para isteri,

Belajar kawal emosi anda, jangan terlalu cepat nak berburuk sangka dengan suami dan cuba sampaikan isi hati anda dengan jelas dan tenang. InsyaAllah suami anda akan faham.

Dan para suami,

Belajar jadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri. Perempuan ni mudah je, tak bagi emas pun takpe asalkan dapat pelukan dan pujian daripada suami. 🙂

genggam tangan pasangan kita dan ucapkanlah - Saya sayangkan awak :)
genggam tangan pasangan kita dan ucapkanlah – Saya sayangkan awak :)

Hargai dan syukuri setiap kelebihan dan kekurangan yang ada, suami isteri sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Tak percaya? Genggam tangan suami/isteri anda sekarang! 😉

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge