Jangkitan Kuman Dan Left Diaphragm Paralysis

0

Assalamualaikum

Kejap je dah masuk raya ketiga. Walaupun beraya kat dalam hospital ni, namun melimpah ruah menu lebaran yang datang bertandang. MashaAllah. Rezeki Miqdad yang ummy tumpang.

Ramai duk tanya perkembangan Miqdad..Sedikit update tentang my miracle Miqdad AnNusair yang dapat ummy tulis …

Alhamdulillah harini nampak Miqdad sangat aktif dan ceria.. dah boring duduk je. Kalau dapat lepas ni memang banyak kerja dia nak mengemas kat dalam wad ni๐Ÿ˜…

Dua kondisi Miqdad :

1. Miqdad sekarang sedang on antibiotic sebab batuk berkahak dan ada sikit jangkitan kat paru-paru. Dan Alhamdulillah nampak respon baik dengan antibiotik tu. Kahak pun kurang dah.

 

2. Doktor masih nak comfirmkan sama ada Miqdad nafas laju disebabkan keadaan left diaphragm paralysis ataupun ada kemungkinan Miqdad hadapi masalah congenital diaphragmatic hernia.

Left diaphragm paralysis ni akibat daripada komplikasi operation jantung Miqdad yang lepas. Paru-paru kiri Miqdad tak berkembang dengan baik lepas dari operation tersebut.

Bila keadaan ni berlaku, dengan keadaan paru-paru sebelah kiri ternaik sedikit daripada sebelah kanan, dan kemungkinan usus pun terikut naik sama.

Adapun berkaitan congenital diaphragmatic hernia, ia berlaku bilamana terdapat kebocoran(lubang) pada paru-paru dan menyebabkan usus termasuk ke dalam lubang tersebut.

Nak bagi clear lagi boleh tengok video ni. Ummy tak reti nak explain kasi faham betul.

 

Alamak. Update guna hp ni taktaula camne nak bagi ada video youtube. Nanti ummy editla na. โ™ก

InshaAllah Isnin ni baru dapat buat ultrasound untuk tengok dan pastikan mana satu keadaan Miqdad yang sebenarnya. Apa-apa nanti ummy update lagi ya…

Ambik oste sebelum tidur. Moga hilanglah lenguh badan kongsi katil dengan Miqdad ni. Ummy terpaksa kecikkan badan takut Miqdad tak muat๐Ÿ˜‚

Selamat malam dunia.

 

Ummy rindu Abang Ayyash.

Hospital Serdang | 3 Syawal 1437H

11.05 malam

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge