Kandungan Triclosan Dalam Sabun Mandi Boleh Akibatkan Mandul?

0

Ketika memilih produk kebersihan diri macam sabun mandi, sabun basuh tangan, dan seumpamanya, mesti ramai yang akan tergoda dengan label antibakteria yang dikatakan bagus untuk menghalang bakteria daripada melekat pada badan kita. Namun tahukah anda kebanyakan produk ini mengandungi triclosan yang sangat berbahaya kepada badan kita?

Apa Itu Triclosan?

Triclosan ni sejenis bahan kimia aktif yang biasanya ditemui dalam produk perawatan dan kebersihan diri. Zaman dulu orang guna triclosan ni sebagai pestisid atau pembunuh hama pada tahun 1960an. Namunpada waktu ini kandungan triclosan dalam sabun atau pencuci tangan ini sedang diteliti lebih jauh untuk memastikan bahayanya bagi manusia.

Beberapa negara di Eropah telah melarang penggunaan triclosan dalam sabun, pencuci tangan, atau hand sanitizer yang dijual secara bebas di pasaran. Amerika Syarikat juga telah mengeluarkan larangan penggunaan kandungan triclosan dalam pelbagai produk.

3 Kesan Buruk Penggunaan Triclosan DiDalam Sabun Mandi

bahaya triclosan dalam sabun mandi

1. Kulit kering dan sensitif

Triclosan adalah bahan kimia yang cukup keras. Akan tetapi, kesannya memang tidak akan langsung terasa pada kulit anda. Penggunaan rutin sabun dengan kandungan triclosan selama tiga sehingga lima tahun berisiko membuat kulit menjadi kering dan lebih sensitif.

Bahkan,dalam satu kajian menyebutkan sekiranya terlalu kerap menggunakan produk antibakteria dengan kandungan triclosan maka berisiko menyebabkan kanser kulit terhadap haiwan. Ujikaji tersebut memang belum pernah dilakukan pada manusia, tetapi perkara ini umpama menjadi lampu amaran agar lebih berhati-hati terhadap bahaya triclosan.

2. Gangguan hormon

Bahaya triclosan yang paling kerap menjadi isu hangat adalah risiko gangguan hormon. Satu kajian yang dimuatkan didalam jurnal Toxicological Science menyebutkan bahawa di dalam tubuh, triclosan akan terperangkap didalam sel dan darah. Ini akan mengakibatkan kandungan triclosan akan mengganggu sistem endokrin. Sistem inilah yang bertanggungjawab untuk menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh kita.

Beberapa jenis hormon yang terganggu disebabkan kandungan triclosan dalam tubuh antaranya hormon tiroid dan estrogen. Gangguan terhadap kedua hormon tersebut berisiko menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya pada imun badan, kehamilan, dan kesuburan.

3. Mengganggu fungsi otot

Satu penelitian yang dilakukan oleh para ahli di University of California Davis menunjukkan bahawa kandungan triclosan mampu merosakkan fungsi otot. Triclosan berisiko menurunkan fungsi otot jantung hingga sebanyak 25%. Kekuatan otot tangan dan kaki untuk menggenggam sesuatu juga menurun sampai 18%.

Kandungan Triclosan Dalam Sabun Mandi Boleh Akibatkan Mandul?

kandungan triclosan dalam sabun

 

“Kajian mendapati triclosan boleh menjejaskan aturan tiroid, testosterone dan estrogen yang boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti akil baligh awal, sperma kurang berkualiti, kemandulan, obesiti dan kanser selain menjejaskan pembelajaran dan memori, alahan serta melemahkan otot.

Triclosan juga boleh menyebabkan permasalahan akil baligh awal, sperma kurang berkualiti, kemandulan, obesiti dan kanser. Bahan itu juga didakwa boleh menjejaskan pembelajaran dan memori, alahan dan melemahkan otot.

Ia juga didakwa boleh memberi kesan kepada pembesaran janin, bayi dan kanak-kanak. Namun, terdapat pelbagai produk lain termasuk ubat gigi, cucian tangan, gel mandian dan syampu badan kanak-kanak didakwa mengandungi triclosan.”

Baca : Sabun Mandi Organik Yang Selamat Untuk Bayi dan Anda Sekeluarga

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge