Keajaiban Syukur : Menambah Rezeki, Meluas Nikmat

0

Bismillah.

Assalamualaikum semua 🙂

Bertemu lagi hari Jumaat yang mulia. Macam mana bangun pagi ni? Apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda? Kesyukuran atau keluhan?

Hati yang bersyukur adalah hati yang bahagia
Hati yang bersyukur adalah hati yang bahagia :)

HEBATNYA SYUKUR

Hebatnya syukur itu bila kita mampu melahirkan setiap rasa kesyukuran atas apa sahaja nikmat dan ujian yang Allah berikan.

Benda biasa, manusia mudah ucapkan syukur bila diberi kesenangan,kelapangan dan sesuatu yang menyenangkan jiwanya.

Tapi rumit sekali untuk lahirkan rasa syukur saat tertimpa ujian dan musibah, saat dilanda tekanan dan dugaan hebat. Luar biasa buat mereka yang masih mampu syukuri setiap momen tersebut.

SYUKUR DAPAT ATASI STRESS

Cuba kita hayati dulu dialog dibawah;

DIALOG A

“Bersepahnya rumah ni ! berterabur mainan sana sini..huh..”

“Hari-hari makan lauk yang sama.. Boring..”

“Letihla melayan anak hari-hari tantrum. Tak larat dah..”

DIALOG B

“Takpelah mainan sepah sana sini pun, alhamdulillah.. Aku ada anak-anak yang aktif dan sihat” 🙂

“Syukur ada makanan juga hari ni, berapa ramai kat luar sana yang kena korek-korek tong sampah kutip makanan basi..” :'(

“Takpelah nak, mak tahu kenapa awak tantrum.. mak ok je 😀 Oranglain takde anak, mak ada awak pun dah syukur sangat. Kecik-kecik camni je mak boleh belek awak puas-puas..”

*************************

Anda nampak perbezaan antara Dialog A dan Dialog B?

Berapa banyak dialog harian kita yang melahirkan rasa ketidaksyukuran dan keluhan-keluhan stress kita atas setiap apa yang jadi. Tapi apa efek lepas kita ucapkan semua dialog tu pada hati kita?

TERAPI HATI POSITIF

positive

Semuanya berbalik pada diri kita sebenarnya. Bagaimana kita nak tukar sisi pandangan kita terhadap sesuatu perkara,maka itulah yang akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita.

Selalu kita lihat laman orang lain penuh dengan kehijauan yang memukau, apa yang kita kena buat adalah tukar setting kamera kita. Set fokus kepada jarak yang lebih dekat. Maka apa yang akan kita nampak? Bukan warna hijau je, tapi kita akan nampak indahnya warna warni laman kita. 😀

CARA SYUKUR NIKMAT AGAR HATI BAHAGIA DAN TENANG

Ada beberapa tips yang saya nak kongsikan pada semua, macam mana cara mudah dan simple untuk kita tunjukkan rasa syukur kita, supaya kita dapat maksimumkan kebahagiaan dan ketenangan yang kita nak capai.

Dalam video ni ada 3 tips istimewa berkaitan cara syukur nikmat dengan simple dan mudah, dengar betul-betul supaya semua rahsia tu tak terlepas dari genggaman anda! 😀

So… the last but not least, kita kena tahu dan ingat bahawa…

+ Semua orang ada masalah dan ujian masing-masing

+ Tiada orang yang memperoleh apa yang dia miliki dengan mudah. Pasti ada cabaran yang mereka telah dan sedang hadapi.

+ Banyakkan bersyukur agar ditambahkan nikmat. Yakin bahawa rezeki tu milik Allah, dan Allah boleh beri pada sesiapa yang Dia mahu.

+ Mulakan untuk senaraikan sekurang-kurangnya 5 perkara yang anda syukuri setiap hari. Walaupun ianya sekecil-kecil perkara. Tuliskan dalam sebuah buku khas – Jurnal Kesyukuran anda. 🙂

 

Buku Jurnal Kesyukuran Saya :)
Buku Jurnal Kesyukuran Saya 🙂 *gambar hiasan*

Semoga kita sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang paling bersyukur 😉

Luv,

Ummu ‘Ayyash!

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge