Kelahiran Secara C-Section : 10 Perkara Yang Jarang Diberitahu!

0

Assalamualaikum

Pembedahan Caesarean atau C-Section adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika pembedahan C-section dilakukan?

Biasanya, perkara ini sering ter’missed-out’ dalam perkongsian pengalaman bersalin secara pembedahan oleh ibu-ibu yang berpengalaman. Kenapa agaknya ye?

Mungkin terlalu ‘excited’ dengan kehadiran orang baru, sampaikan terlupa detik-detik cemas yang baru dilalui. Bak kata orang, tengok jer muka baby kesayangan, lupa segala kesakitan. Betul tak ibu-ibu?

czer

 

Ok, jom kita lihat 10 perkara yang biasanya dilalui ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, tetapi jarang dikongsikan:

1. Anda mungkin menggigil tanpa henti sepanjang proses pembedahan – Yup, betul. Majoriti ibu-ibu menggigil bukan secara sukarela, dan tak mampu di’control’ sepanjang tempoh pembedahan dilakukan. Pelik kan? But it’s perfectly normal, menurut doktor.

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut pemanas.

2. Anda mungkin merasa seperti ditarik sedikit ketika bayi dikeluarkan – Berita baiknya ialah anda akan benar-benar merasa kebas dari perut ke bawah semasa pembedahan (sehinggalah beberapa jam selepas itu), jadi anda tidak akan sakit walau sedikitpun ketika dibedah. Tetapi ada sesetengah ibu yang share bahawa mereka merasa sedikit tolakan dan tarikan ketika bayi dikeluarkan dari perut.

Especially untuk ibu-ibu yang posisi bayi mereka ke atas sedikit iaitu berdekatan bahagian tulang rusuk. Jika ini berlaku, anda tak perlu cemas, tarik nafas dalam-dalam agar anda berasa selesa. Jika perlu, maklumkan kepada doktor untuk menasihati apa yang patut anda lakukan.

3. Anda mungkin akan ‘membeku’ dalam bilik pembedahan (OT) – Kerap kali dengar dari pengalaman kawan-kawan yang mengadu tentang bilik OT yang teramat sejuk hingga terasa macam nak ‘beku’. Benar, suhu di bilik OT biasanya lebih rendah untuk mengekalkan sterility, mencegah kelembapan dan megelak kehadiran bakteria.

Sebenarnya, suhu bilik pembedahan tidaklah terlalu sejuk kerana doktor telah menaikkan sedikit suhu untuk accomodate kelahiran si kecil, tapi memandangkan keadaan anda yang separuh bogel dan ubat anestetik yang menyebabkan badan tidak dapat mengawal suhu badan, tidak hairanlah jika ibu-ibu rasa macam nak ‘beku’ dan menggigil tak henti pulak tu. Tapi anda tak perlu risau, anda akan diberikan selimut hangat untuk membantu memanaskan badan sepanjang tempoh pembedahan.

4. Anda akan mendapat bonus “urutan kaki” – Selepas pembedahan doktor anda akan memasang sejenis peralatan urutan kaki yang kelihatan seperti kasut but yang besar dikenali SCDs, yang berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah anda dan mengelakkan pembekuan darah.

Mungkin kelihatan sedikit pelik pada mulanya (kerana ia menggelembung dan mengempiskan berulang kali), tetapi lebih cepat peredaran darah anda kembali normal, lebih cepat petugas perubatan menanggalkan peralatan tersebut.

Tetapi tidak semua hospital menyediakan peralatan ini. Antara kaedah lain yang biasa dipraktikkan di hospital kerajaan di Malaysia untuk menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan darah beku ialah melalui suntikan yang diberikan 2 kali sehari selama beberapa hari.

5. Ubat pelembut najis adalah BESTFRIEND anda yang baruSembelit atau kesukaran membuang air besar selepas pembedahan C-section merupakan antara masalah utama ibu-ibu, kerana agak sukar untuk meneran dalam keadaan perut yang sakit akibat pembedahan.

Mengambil pelembut najis selepas bersalin akan memudahkan proses pelawasan dan membantu anda membuang air besar tanpa kesakitan. Jangan pula anda menahan dari membuang air besar kerana takut luka pembedahan terbuka! Luka pembedahan anda dijahit rapi dan kemas, ia tak mungkin terbuka hanya kerana anda membuang air besar, ia tak mungkin berlaku!

6. Batuk, bersin dan muntah akan menyakitkan! – Yup, memang tak dapat dinafikan, even berdehem dan ketawa pun terasa sakit kat perut. Ada kaedah yang boleh membantu anda mengurangkan kesakitan jika anda perlu bersin atau batuk. Ambil bantal dan lekapkan pada perut anda dan tekan sedikit.

Ia sangat membantu untuk menyokong abdomen anda sewaktu batuk atau bersin kerana mengenakan tekanan pada bahagian perut yang baru dibedah boleh mengurangkan kesakitan akibat pengecutan otot ketika anda batuk atau bersin. Kesakitan mungkin agak ketara pada minggu pertama, namun ia akan beransur lebik baik apabila luka pembedahan anda semakin sembuh.

7. Senaman adalah segala-galanya – Bukan bermakna anda perlu melakukan senaman berat, tidak. Tetapi ibu-ibu yang baru menjalani pembedahan seharusnya cuba untuk bangun dan berjalan-jalan disekitar bila doktor dah bagi ‘green light’. Biasanya hari kedua atau ketiga selepas pembedahan, anda dah boleh mula bangun.

Memang perit pada mulanya, tapi ini perlu dilakukan untuk mengelakkan darah beku dan menggalakkan peredaran darah. Darah beku sangat bahaya tau, boleh menyebabkan kematian! Jadi, jangan takut untuk bergerak, lakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Dapatkan pertolongan suami atau jururawat jika anda perlukan bantuan.

8. Darah nifas akan keluar sebagaimana ibu-ibu yang bersalin normal – Ada ibu-ibu yang ingat bila bersalin secara pembedahan, darah nifas tidak lagi keluar. Sebenarnya, anda juga akan mengalami pendarahan sebagaimana ibu-ibu yang bersalin normal, mungkin tidak sebanyak mereka tapi ia masih berlaku.

Ini kerana, dinding rahim anda perlukan masa untuk pulih sendiri setelah plasenta terpisah dan saluran darah anda akan bertindak-balas dengan perubahan hormon selepas bersalin.

Lagipun, lapisan darah tebal yang terbentuk dalam rahim untuk menyokong bayi anda sepanjang tempoh kehamilan perlu ‘gugur’ dengan sendirinya dan akan mengambil masa selama beberapa minggu. Jangan bimbang, biasanya pendarahan ini adalah ringan dan akan mengambil masa paling lama pun 6 minggu sahaja.

9. Parut pembedahan mungkin menakutkan anda! – Sesetengah ibu mengakui bahawa mereka tidak menyedari kepentingan bentuk parut yang bakal kekal diperut mereka kelak. Penjagaan luka ketika dalam pantang mungkin mempengaruhi parut pembedahan anda. Anda bertuah jika parut itu lama-kelamaan pudar dan hanya kelihatan seperti garis halus sahaja.

Tapi ada juga ibu-ibu yang mendapat parut jenis keloid yang agak tebal dan jelas kelihatan. Bagaimana nak jaga luka pembedahan?

Pastikan luka anda sentiasa kering (boleh keringkan dengan hair dryer setiap kali selepas mandi) dan elakkan dari menyapu sebarang gel atau krim dalam tempoh 6 minggu pertama kerana ia mungkin menyebabkan infection. (Sama macam pesanan doktor untuk jaga luka pembedahan Miqdad – operation jantung berlubang). Luka pembedahan biasanya tidak memerlukan sebarang sapuan krim atau ubat-ubatan melainkan ia mengalami infeksi dan dibekalkan ubat atau krim antibiotik oleh doktor. Hanya pastikan ia sentiasa kering!

10. Perut anda mungkin kembung selepas pembedahan (sehingga meyebabkan kesakitan hingga ke bahu!) – Kehadiran gas dalam perut anda boleh menekan diafragma, dan kesakitan mungkin merebak ke bahu. Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh mendapatkan ubat anti-gas dari jururawat, dan segera berjalan disekitar seberapa segera yang mungkin.

Kembung perut mungkin berlanjutan sehari atau lebih. Pastikan anda boleh kentut atau mengeluarkan angin sekurang-kurangnya sehari selepas pembedahan. Jika ini tidak berlaku, maklumkan pada jururawat atau doktor untuk rawatan. Sudahlah sakit akibat dibedah, jika perut juga meragam akibat kembung, tak senang duduk dibuatnya anda nanti.

Semoga entri ini memberi manfaat untuk ibu-ibu sekalian, terutamanya ibu-ibu yang bakal melalui proses bersalin secara pembedahan untuk kali pertama. Tak kiralah bersalin secara normal atau pembedahan sekalipun, pengorbanan seorang ibu tetap takkan mampu terbalas! Jangan lupa ambil Set Bersalin yang sesuai untuk ibu bersalin czer atau normal. Selamat menempuh alam berpantang buat ibu yang bakal melahirkan! 🙂

 

 

Salam Sayang

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge