Kenali ESP SHAKLEE

2

Apa-Itu-ESP-Shaklee

1) Apa itu ESP ?

ESP (Energizing Soy Protein) mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

ESP mempunyai kandungan protein soya yang berkualiti tinggi dan  ianya non GMO soy..non GMO ni maksudnya ia tidak diubah suai secara genetik..penghasilan serbuk soya dipantau rapi dari proses menanam sehinggalah pemprosesannya..

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

1 hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda daging, 4 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

2) Mengapa perlu ESP ?

25% dari tubuh manusia terbina dari PROTEIN. Secara ringkas struktur tubuh manusia dibina daripada susunan ini :

SEL > TISU >  ORGAN > SISTEM > MANUSIA

Struktur tubuh kita terdiri daripada berjuta-juta SEL. Kemudian sel-sel ini akan membentu tisu-tisu. Seterusnya tisu-tisu ini pula akan membentuk organ dan akhirnya organ-organ ini akan membentuk sistem.

PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Oleh itu badan kita memang SANGAT memerlukan PROTEIN yang berkualiti. Contohnya kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein.

Ya.. memang makanan yang kita makan secara harian juga mengandungi protein seperti ayam, daging, ikan dan kekacang tetapi tahukah anda protein amat mudah termusnah pada suhu yang tinggi.

Ayam yang digoreng pernahkah anda terfikir berapa jumlah protein yang tinggal. Kita memerlukan sebanyak 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.

Berapa banyak ayam, ikan, daging yang perlu kita makan bagi mencukupi jumlah protein harian dan sudah tentulah kesan lain yang akan kita dapat contohnya kenaikan berat badan, kolestrol yang tinggi, darah tinggi dan bermacam-macam penyakit lain lagi.

Oleh itu ESP Shaklee ini merupakan protein berkualiti yang perlu kita ambil hari-hari.

3) Berapa Lama Boleh Tahan / digunakan 1 Canister ESP Shaklee?

✅ 1 canister ESP Shaklee mempunyai berat 850 gram.
✅ Tempoh penggunaan ESP Shaklee bergantung kepada cara pengambilan kita.
✅ Sekiranya pengambilan 3 scoops sehari secara konsisten, ESP Shaklee mampu bertahan selama sebulan setengah.’
✅ Sebagai contoh, untuk energy booster dan slim, 2 scoops sebagai pengganti sarapan pagi dan 1 scoop sebelum makan malam. Pengambilan ESP sebelum makan menyebabkan perut lambat lapar dan tahan lapar. Jadi, ia dapat mengurangkan kuantiti makanan yang diambil semasa waktu makan.

✅ Badan memerlukan protein yg cukup untuk menjalankan aktiviti harian. Protein membantu membina sel badan manusia. Sel yg sihat dapat meningkatkan kualiti sistem badan yg lebih baik.

4) Siapa yang tidak boleh ambil ESP?

1) Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein  tidak tidak digalakkan. Walaubagaimanapun ESP Shaklee sebenarnya dapat mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh merosakkan buah pinggang tetapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang.

2) Bayi yang berumur di bawah 1 tahun juga tidak boleh ambil. Kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun boleh mengambil ESP Shaklee dalam kuantiti yang sedikit. Walaubagaimanapun oleh kerana ESP Shaklee tidak mengandungi lemak maka untuk kanak-kanak kami sarankan pengambilan Mealshakes Shaklee yang mengandungi lemak bagi tujuan pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak.

3) Individu yang allergik soya juga tidak boleh ambil ESP Shaklee ini.

5) Mengapa Diabetes Sesuai Ambil  ESP Shaklee?

ESP Shaklee sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana mengandungi kandungan indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jika pesakit diabetis mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi boleh meningkatkan risiko terkena diabetis tahap 2.

Apa itu indeks glisemik?Indeks glisemik (GI) ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa (piawai yang ditetapkan) mempunyai indeks glisemia 100. Kesan setiap makanan terhadap aras glukosa darah berbeza-beza.

6) Apa Rasa ESP Sebenarnya?

ESP Shaklee ni rasa mild soya tapi kalau anda tak suka rasa soya, ada banyak cara untuk atasi rasa soya tu. Boleh bancuh 1 scoop ESP dengan 200-250ml minuman kegemaran anda tapi tak boleh bancuh bersama-sama teh/kopi/nescafe/air bikarbonat dan mesti air yang sejuk/suam. Air panas tidak digalakkan kerana protein akan musnah.

Antara resepi ESP yang digemari ramai ialah:

✔ ESP + Fresh Milk 

✔ ESP + Fresh Milk + Kurma (blend)

✔ ESP + Mealshakes

✔ ESP + Performance Drink

✔ ESP + plain water (suam/sejuk)

✔ ESP + jus twister topicana

✔ ESP + jus buah

✔ ESP + nesvita 3 in 1/ nestum 3 in 1/ milo/ horlicks

✔ ESP + yogurt nestle bliss

7) Mana Yang Lebih Bagus Untuk Susu Ibu Antara ESP & Alfalfa?

Pada saya kedua-duanya penting. Namun demikian, bergantung kepada bajet puan juga. Kedua-duanya punya fungsi yang berbeza. Esp lebih kepada protein untuk berikan ibu tenaga. Bila ibu bertenaga, in sha Allah susu akan lebih banyak terhasil, supply akan dpt memenuhi demand bayi kita. Plus, banyak kebaikan esp yang lain seperti untuk kulit, rambut, untuk kurus juga.

Alfafa pula orang panggil milkbooster, penggalak susu. Ambil maksimum 10biji sehari, tetapi sebaiknya mulakan dengan dos yang rendah sebab ia umpama herba, panas sikit..kena banyak minum air.

InsyaAllah, jika konsisten pengambilan, minum air putih 2-3l sehari, makan makanan berkhasiat dan yg paling penting, jangan skip kosongkan payudara samaada direct atau mengepam, susu ibu akan lebih banyak terhasil.

8) Adakah Masih Perlu ESP Shaklee Jika Sudah Ambil Alfalfa?

Ya. Anda ambil Alfalfa sahaja atau ESP Shaklee sahaja.Sekiranya ambil kedua-duanya itu lebih bagus kerana setiap vitamin ni mempunyai fungsinya yang tersendiri yang mana kekurangannya tidak dapat dipenuhi oleh ESP Shaklee atau Alfafa mahupun kedua-duanya semata-mata.

Orang yang mementingkan kuantiti susu semata-mata akan merasakan sudah memadai sekiranya ambil Alfafa sahaja tetapi apa yang kita mahu adalah kualiti penyusuan tersebut.  Alfalfa sebagai milk booster akan menggalakkan pengeluaran susu ibu sedangkan badan ibu sendiri tidak cukup zat dan nutrisi. Ibarat memaksa diri melakukan sesuatu yg badan tak mampu.

9) Apakah Kebaikan & Kelebihan Lain ESP?

ESP sesuai untuk semua peringkat golongan kecuali bayi

  • ü Ibu Hamil – ESP menguatkan rahim & membantu perkembangan otot bayi dalam kandungan
  • ü Ingin Hamil – ESP pelihara & pulihara rahim
  • ü Ibu Menyusu – ESP membantu mempercepatkan pengeluaran susu
  • ü Ingin Kurus – ESP memberikan rasa kekenyangan yang berpanjangan.
  • ü Ingin Gemuk – ESP menganjalkan & memontokkan
  • ü Ingin Sihat – ESP memelihara kesihatan secara menyeluruh
  • ü Ingin Cantik – ESP membuat kulit jadi licin, gebu & cerah

10) Betulkah Soya Tidak Bagus Untuk Kesihatan?

Soya-ESP-Shaklee

Untuk pengetahuan semua, soya ni ada 2 jenis iaitu :

1 ) GMO ( genetically modified organism) sudah diubah kandungan genetik nye oleh manusia.

2) NON-GMO (non genetically modified organism) kandungan genetik nya tidak pernah diubah oleh manusia.

Apa beza dua tu kan? Begini, soya GMO tu terjadi bila permintaan melebihi pengeluaran. Sebab tidak mahu wujud di situ krisis kekurangan makanan..jadi semua bahan yang nak dibuat dengan cepat tanpa dibuat secara semulajadi.

Encik/ puan tahu tak hampir semua produk makanan yg kite makan hari-hari tu ada mengandungi produk GMO?  Kadang-kadang kita tak sedarkan?

Soya adalah salah satunya. .hampir 96% soya di dunia mengandungi GMO kecuali jika encik/ puan memang beli soya yang bertanda ” NON-GMO”

Saya setuju kenyataan encik/puan mengenai soya tidak bagus untuk kesihatan JIKA

》 produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO SOYA
》 produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

11) Apa Beza Protein ESP Shaklee, Mealshakes & Cinch Shakes

Ketiga-tiganya tinggi protein. Cuma Cinch Shake mempunyai kandungan leucine dan fiber yang tinggi. Leucine merupakan nutrisi yang diperlukan untuk mengisi bahagian-bahagian badan yang telah dibakar lemaknya dengan membina otot. Maka badan tidak akan menggeleber setelah lemak dibakar. Kandungan multivitamin juga lebih banyak pada Cinch Shake berbanding ESP Shaklee.

ESP juga membantu menguruskan badan kerana memberi kekenyangan yang berpanjangan. Mealshakes adalah protein susu lembu tanpa laktosa. Bila sebut laktosa ini ianya menyerupai khasiat susu lembu asli. Tidak sesuai untuk diet kerana ada kandungan lemak. Sebab itu ianya sesuai untuk kanak-kanak kerana lemak akan membantu tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak.

Jom Dapatkan ESP  Shaklee hari ini sebelum anda terlewat 🙂

Sekiranya anda berminat ingin dapatkan produk semulajadi Shaklee. Boleh hubungi saya di maklumat berikut :

Zulaikha Ali (ID 1075383)
No Tel: 018-3164133
Email: sakieenah@yahoo.com
COD area: Muar, Batu Pahat
ATAU ORDER ONLINE⇓⇓⇓
order-BUTTON
Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran :)

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge