Kenapa Kalsium Sangat Penting Untuk Ibu Hamil?

0

Ketika hamil, keperluan nutrisi dalam badan semakin bertambah. Kerana ibu hamil juga perlu memenuhi keperluan nutrisi untuk kandungannya boleh membesar dengan baik. Salah satu keperluan yang sangat penting ketika hamil adalah kalsium. Kenapa kalsium sangat penting ketika hamil?

Kenapa Kalsium Sangat Penting Untuk Ibu Hamil?

Kalsium ni merupakan mineral yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat. Sepanjang tempoh kehamilan, keperluan kalsium ibu bertambah kerana kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Gigi sebenarnya dah pun terbentuk ketika bayi dalam kandungan lagi namun ia hanya akan tumbuh sekitar usia 5 bulan.

Kalsium juga diperlukan untuk pertumbuhan hati, saraf, otot bayi yang sihat. Dan juga sangat membantu perkembangan denyutan jantung bayi yang normal dan menyokong kemampuan tubuh bayi untuk membekukan darah.

Untuk ibu hamil, kalsium juga dapat membantu mengurangkan risiko darah tinggi ketika hamil dan pre eklampsia, yang mana kedua-dua penyakit ini boleh memberikan kesan yang buruk kepada perkembangan bayi.

Kalsium tak dapat dihasilkan oleh badan kita, dan hanya dapat daripada luar iaitu pemakanan dan suplemen tambahan. Apabila ibu gagal memenuhi keperluan kalsium untuk bayi dalam kandungan, bayi akan mengambil kalsium daripada tulang ibu dan ini boleh mengganggu kesihatan ibu itu sendiri.

Berapa kalsium yang diperlukan ibu hamil setiap hari?

susu ibu hamil

Keperluan kalsium untuk ibu hamil bertambah 200mg daripada keperluan biasa. Namun menurut satu kajian, keperluan kalsium ibu hamil berbeza mengikut umur.

  • Ibu hamil yang berusia 18 tahun ke bawah memerlukan kalsium sebanyak 1400 mg sehari
  • Ibu hamil yang berusia 19-29 tahun memerlukan kalsium sebanyak 1300 mg sehari
  • Ibu hamil yang berusia 30-49 tahun memerlukan kalsium sebanyak 1200 mg sehari

Keperluan kalsium wanita hamil yang masih mudah lebih banyak dibandingkan yang sudah berumur.

Kenapa ini berlaku?

Ini kerana ibu hamil yang masih muda juga perlu mencukupkan keperluan kalsium bagi badannya sendiri – untuk pertumbuhan tulang yang masih berlaku, selain daripada memenuhi keperluan kalsium untuk bayi dalam kandungan.

Bagaimana cara memenuhi keperluan kalsium tersebut?

Salah satu sumber kalsium yang terkenal adalah susu.

Selain itu — keju dan yogurt, merupakan sumber kalsium yang paling tinggi.

Paling mudah, selamat dan berkesan – saya lebih suka mengambil suplemen Ostematrix Shaklee yang diyakini selamat, halal dan berkesan. Mana nak dapatkan?

Boleh terus whatsapp saya di talian 018-3164133 atau klik saja icon dibawah untuk buat pembelian online menggunakan debit/kredit kad. Anda juga layak menerima konsultasi eksklusif daripada saya sekiranya membuat pembelian dari laman ini. Terima kasih!

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge