Kenapa Kerja Dari Rumah Menjadi Pilihan Saya

1

Sejak di tahun akhir pengajian universiti lagi saya tak pernah ada cita-cita nak bekerja makan gaji atau kata mudahnya saya tak berapa minat nak bekerja dibawah orang. Bila kawan-kawan ramai apply kerja jadi guru, lecturer dan sebagainya, saya pula berimpian nak ada bisnes sendiri, nak kerja dari rumah je. Tapi serius masa tu langsung tak terbayang nak buat bisnes apa.

Takdir Allah, tak sampai 10 hari jejakkan kaki di bumi Malaysia selepas habis pengajian, terus dapat tawaran untuk bekerja menjadi seorang guru di salah sebuah sekolah menengah agama. Jadi guru, sesuatu yang tak pernah masuk dalam list saya sebab saya memang nak kerja dari rumah, dan saya tahu kebolehan mengajar saya ditahap mana. Hati kalau dah tak minat, paksa pun tak bolehkan…

Cukup 3 tahun mengajar, saya ambil keputusan untuk resign. Waktu tu income saya dengan Shaklee dah melebihi gaji hakiki, lagipun… banyak faktor lain yang buatkan saya nekad untuk kerja dari rumah je.

Kerja Dari Rumah Beri Saya Peluang untuk…

Asuh anak sendiri dan lihat perkembangan mereka

Kerja dari rumah

Ini antara big why kenapa saya nak sangat kerja dari rumah. Tambahan pula kalau kira-kira duit pengasuh dengan gaji yang ada, macam tak berbaloi pula rasanya. Lagi buat hati galau bila selalu terbaca kes-kes pengasuh yang tak bertanggungjawab. Runtun hati ibu..

Kebebasan masa

Kepuasan bekerja dari rumah, saya ada kebebasan masa. Saya bertanggungjawab susun masa saya untuk urus family, urus bisnes dengan baik. Pernah satu hari, kereta mak saya tak boleh nak start. Waktu ni saya bersyukur sangat bila saya boleh selalu ada dengan mak saat mak perlukan.

Dan..hikmah besar yang saya nampak bila bekerja dari rumah, waktu anak kedua saya diuji dengan sakit jantung berlubang. Kalaulah saya masih bekerja waktu tu.. berat hati juga nak tinggalkan urusan kerja kat orang kan. Kalau ofismate semua baik takpe lagi..kalau yang jenis suka kata belakang tu, aduhai. Tabah jelah…

Banyak impian untuk dicapai ….

Kerja dari rumah bukan penghalang untuk kita memiliki impian besar. Hanya penghalang utama adalah diri kita sendiri. Bila kita letakkan satu penghalang dalam mindset kita, itulah yang akan buat kita pandang rendah pada kebolehan diri kita sendiri.

Dah ramai insan yang saya kenal yang hanya kerja dari rumah, namun masih mampu mengembara satu dunia melihat kebesaran Allah, masih mampu sponsor family menunaikan umrah dengan pakej premium, mampu sediakan yang terbaik untuk yang tersayang.

Dream big

Dah tiba masanya untuk kita usaha sungguh-sungguh merealisasikan impian. Buatlah sesuatu hari ini, yang mana masa depan kita akan berterima kasih untuknya.

Berimpian untuk bekerja dari rumah bersama saya, kita jalan bersama‚ô°

Kerja dari rumah apa yang paling jadi pilihan surirumah?

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge