“Kenapa Mak Asyik Nak Marah Dan Jerit-Jerit?”

0

Dah 5.30 petang.

Kejap lagi suami balik.

Dengan makan malam yang belum siap, masih cuba memotong jenis sayuran nak dimasak.

Dengan keadaan rumah yang dah macam kapal titanic dilanggar geruda.

berulang kali kemas pun, end up sama jugak hasil nak present bila suami pulang.

Dengan seorang anak yang dari tadi tak putus asa ajak mak main. Seorang lagi asyik menangis tak henti.

Serius rasa nak meletup termostat masa ni.

Rasa marah dah mula membuak-buak.

Harapan satu je — nak bagi cepat siap hidangan makan malam. Tapi dengan keadaan anak-anak begini rasanya tunggu masa nak meletup je!

mak-jangan-stress

Kenapa Mak Asyik Nak Marah Dan Jerit-Jerit?

Selalu sangat jadi drama begini.

Biasa yang berlaku, kita cepat nak marah dan jerit pada anak, kadang-kadang sebenarnya bukan anak pun yang jadi puncanya.

Kita stress.

Kita letih.

Kita rasa kelam kabut.

Maka hasilnya kita tak sabar dengan anak dan akhirnya mudah je nak lepaskan rasa marah pada anak yang tak bersalah.

Saya tahu bukan saya seorang alami perkara ni.

Ramai lagi mak-mak kat luar sana alami perkara yang sama macam ni dan kebanyakan berpunca dari :

Kurangnya ‘Self Care’

  • Kita letih lapar..adakala dua-dua sekali !
  • Rasa ‘letih’ dengan urusan seharian
  • Tak ada masa untuk diri sendiri
  • Adakala sebab tak sempat nak mandi je
  • Jiwa rasa kesunyian, takde tempat nak meluah

Kita Stress

  • Nak cepat siapkan kerja
  • Ada masalah dengan pasangan
  • Hari yang serba tak kena (tak ready dari permulaan hari)
  • Takde planning yang baik

Beban Deria Yang Melampau

  • Terlalu banyak bunyi — anak menangis tak henti, sorang tak henti panggil kita, anak-anak lain bergaduh pula
  • Rumah bersepah, mainan sana-sini
  • Keadaan cuaca panas

*bayangkan, memang nak marah je kalau macam ni kan*

Rasa Terganggu

  • Dengan kerja di laptop belum siap (work at home mom katanya) *sayalah tu*
  • Struggle ambik masa nak membaca sebab kejap lagi kena bentang dalam usrah
  • Fikir banyak masalah *macam dia sorang ada masalah*

Apa yang tersenarai antara perkara yang biasa terjadi yang buat saya sendiri asyik nak marah dan jerit pada anak. Walhal benda-benda ni takde kaitan pun dengan anak-anak yang suci mulus tu.

Bagaimana cara mudah nak atasi —

List down punca yang buat kita rasa stuck dan stress, kenal pasti punca tu dan prepare for the plan untuk cegah dan atasi benda-benda tu.

Ada ketika hanya sebab benda kecil je boleh cetuskan masalah yang besar.

Paling penting, mommies especially yang stay at home mom atau work at home mom ni, yang 24 melayan dan menjaga anak — please jangan skip makan especially breakfast.

Bila mak lapar dan letih, memang mudah je rasa nak marah anak-anak sebab keperluan badan sendiri tak cukup.

Anak-anak tak salah.

*ini gaya pesan kat diri sendiri*

Phewwww.

Pengalaman sendiri. Memang beginilah juga.

U are not alone.

Kita cuba sama-sama ye?

 

 

Mak Anak 2 Takde Maid,

UmmuAyyash

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge