Kenapa Saya Berblogging?

0

Bismillah ArRahman ArRahim

welcome to my blog :)
welcome to my blog :)

Dengan lafaz yang mulia ini, saya rasmikan pembukaan teratak baru saya ni. Hehe.. Nervous dan berdebar rasa. Ini bukan kali pertama penglibatan saya dalam dunia blogging. Tapi dah masuk kali ke-3.

Pertama kali mula bertatih dalam blogging, masa saya masih menuntut di timur tengah. Masa tu dah masuk final year. Start blogging pun sebab ikut-ikut kawan. Tengok macam best je.. I pun folo lah. Huhu.. Habis belajar, delete akaun blog.

Sekarang baru rasa macam, RUGINYA delete akaun blog dulu.. Takpelah, everything happen for reason, right? πŸ™‚ Sekarang dah belajar banyak perkara tentang blogging.. Dan yang paling penting, blogging kali ni bukan suka-suka nak ikut orang. Tapi ada NIAT, MATLAMAT dan MISI sendiri.. yeaaahhh!!

 

KENAPA SAYA BERBLOGGING?

kenapa nak buat sangat blog ni?
kenapa nak buat sangat blog ni?

Ini soalan pertama saya tanya kat diri sendiri. Apa push factor yang buat saya naaaakkk jugak berblogging. Supaya saya ada pendirian sendiri dan supaya saya tak hangat-hangat tahi ayam je πŸ˜›

1. NAK SEBARKAN ILMU & KEBAIKAN

Perkara utama yang saya harap sangat adalah saya mampu sebarkan seberapa banyak ilmu & kebaikan melalui tinta penulisan saya. Dan mohon dijauhkan daripada segala sebaran fitnah dan dosa yang akan merosakkan kehidupan saya disana kelak.

2. PAHALA BERTERUSAN

Tiga perkara yang akan kita bawa bersama bila dah tinggalkan dunia ni, DOA ANAK SOLEH, SEDEKAH JARIAH dan ILMU YANG BERMANFAAT.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”

3. SUKA DAPAT RAMAI KAWAN

Bestnya lagi bila berblogging ni dapat kenal sahabat-sahabat yang banyak pengalaman dalam hidup ni, dapat kawan yang positif, dan macam-macam lagi.. πŸ™‚

4. SHARING PENGALAMAN

Banyak kisah-kisah kehidupan kita boleh dikongsi kan? Lagi bagus kalau kisah kehidupan kita dapat menginspirasikan orang lain dan itulah juga niat saya.. Moga saya mampu menjadi inspirasi buat ramai insan di luar sana πŸ™‚

5. MENULIS UNTUK BISNES

Haa…part ni pun masuk kenapa saya berblogging. Hehe.. Bukan bisnes semata ye, tapi sebab nak kongsikan kebaikan bisnes yang saya buat ni.. daripada saya bekerja makan gaji dah boleh jadi WAHM ! dah boleh duk rumah all the time ngadap anak dan suami,hihi.. Best ke best? Nak join saya sangat di alu-alukan.. πŸ˜€

kesimpulannya... :)
kesimpulannya… :)

Ok, rasa cukuplah dulu kot tu. Silakan berkunjung ke teratak indah saya ni, semoga bermanfaat segala isinya buat anda semua.. Salam Sayang!

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge