Keperluan Nutrisi Dan Diet Bayi 6 Bulan Ke Atas

0

Assalamualaikum.

Makanan terbaik untuk bayi sehingga berumur 6 bulan adalah susu ibunya sendiri. Tapi lepas melepasi 6 bulan dah boleh mula bagi solid food. Dan semestinya ibu-ibu nak pastikan yang solid food tu memenuhi nutrisi dan diet keperluan bayi. =)

APA YANG PERLU ADA DALAM KEPERLUAN NUTRISI DAN DIET BAYI 6 BULAN KE ATAS?

nutrisi bayi 6 bulan ke atas

–> PEMAKANAN YANG SEIMBANG <–

Bayi berumur 6 bulan ke atas juga memerlukan pemakanan yang seimbang seperti orang dewasa. Mereka amat memerlukan :

KARBOHIDRAT

karbohidrat

Membekalkan tenaga dan untuk penting tumbesaran yang sihat. Mereka memerlukan karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
* Contoh karbohidrat kompleks : kentang, pasta, nasi, roti, bijirin penuh, pisang
* Contoh karbohidrat ringkas : gula semulajadi (daripada buah dan sayuran), gula yang ditapis (biskut, coklat, kek)

PROTEIN

variety-of-protein-sources
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu tubuh. Sumber protein boleh didapati daripada haiwan dan sayuran.
*contoh protein haiwan : daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu seperti cheese,yoghurt dan susu
*contoh protein sayuran : kekacang dan bijian, lentil, roti, kacang kuda, kacang panggang

SUMBER VITAMIN

Variety-Vegetables
Penting untuk proses badan. Membantu tubuh menyerap makanan dan menggunakan vitamin secara optima untuk meningkatkan sistem imun. Boleh diperolehi dalam pelbagai sumber terutama dalam sayuran berdaun dan buah-buahan.

* Vitamin larut lemak – vitamin A, D, E dan K boleh disimpan oleh tubuh.
* Vitamin larut air – vitamin B & vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh. Jadi bayi perlu mengambil sumber vitamin-vitamin ini setiap hari.

SUMBER MINERAL

Sumber-sumber protein
Tubuh memerlukan mineral yang berbeza untuk membantu pelbagai proses tubuh. Mineral yang amat penting kepada mereka adalah zat besi dan kalsium.

Mereka memerlukan banyak zat besi untuk tumbesaran dan pembinaan hemoglobin darah.
* contoh sumber zat besi – daging merah, ayam, kuning telur, buah-buahan kering, roti bijirin penuh, minyak ikan dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

Dan mereka juga amat memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
*contoh sumber kalsium – sayuran berdaun hijau, avocado, biji gajus dan kacang brazil
LEMAK

daging
Untuk bayi, lemak sangat penting sebagai sumber tenaga dan penting untuk pembangunan otak dan sistem saraf yang sihat.
* Contoh sumber lemak tepu yang bagus – daging, produk daging, dan produk tenusu
* Contoh sumber lemak tak tepu yang bagus – minyak bunga matahari dan jagung

Walau bagaimanapun, lemak, gula, dan minyak seharusnya diberikan kepada bayi anda hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja.

AIR

 

little-girl-drinking-water
Dua pertiga berat bayi adalah dari air dan merupakan bahagian penting pada keseluruhan sel-sel tubuh. Terutamanya apabila anda mula dalam fasa menceraikan susu badan dan mula memberikan makanan pejal, pemberian air putih kepada mereka adalah sangat penting.

Jadi ibu-ibu dah boleh listkan menu solid food untuk diberikan kepada baby comel anda =)

Zue dulu mulakan solid food ‘Ayyash dengan puree kurma. Senang je nak buat. Ada kesepatan nanti Zue akan kongsikan pula solid food terbaik untuk anak. Atau boleh lihat Super Food untuk perkembangan minda anak. Silakan follow blog Zue ni seandainya bermanfaat ya =)

Ibu,

Madrasah Pertama Anak Soleh dan Sihat =)

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge