Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Berpantang

0

Pengalaman saya berpantang anak pertama sememangnya sangat mencabar dan meletihkan. Keletihan yang dirasai semasa proses bersalin tak terhenti setakat itu. Bahkan dalam tempoh berpantang dan menyusukan anak badan lebih memerlukan banyak tenaga.

Keletihan yang amat sangat
Keletihan yang amat sangat

Anak saya lahir 3 minggu awal dari tarikh jangkaan. Sebenarnya puas pujuk  suruh keluar awal sebab suami akan menunaikan umrah pada 2 minggu terakhir sebelum due. Dan Alhamdulillah, selamat bersalin seminggu sebelum suami menunaikan umrah. ^__^

Berpantang tanpa suami disisi lebih mencabar emosi saya.. T__T Dan dalam tempoh berpantang tersebut, selera makan drop terus, langsung tak lalu nak makan apa. Dan masa tu memang belum kenal Shaklee lagi.. huhu..

InsyaAllah, untuk anak-anak seterusnya berazam nak ambil Set Bersalin Shaklee ni 🙂

KENAPA SAYA MEMILIH SET BERSALIN SHAKLEE?

Kebaikan Set Bersalin Shaklee dari segi nutrisi untuk pemulihan ibu berpantang.

set pantang pilihan ramai :)
set pantang pilihan ramai :)

1) Multivitamin

Zat besi atau Iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang.

vitalea
sangat bagus diambil kalau hb rendah

 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman.

2) Vitamin B Complex

b complex
my natural painkiller :)

 

Vitamin B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B (sebab tu dinamakan B Complex) sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.

Vitamin B, terutama folik asid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini.

Vitamin B Complex ini tidak bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. Malangnya kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin semasa tempoh berpantang.

3) Vitamin C

vit c
bagusss sangat untuk cerahkan kulit :D

 

Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru. Ia terdapat dengan banyak dalam buah-buahan seperti oren, betik dan strawberi.

Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.

Masalah yang sering diadukan oleh mereka ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Ram but akan jatuh berguguran dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.

Seperti vitamin B Complex, Vitamin C juga tidak disimpan didalam badan dan perlu diambil setiap hari dlaam pemakanan. Wanita yang berada didalam tempoh berpantang memerlukan 120mg sehari.

4) Zinc Complex

zinc complex
sangat membantu mempercepatkan luka sembuh

 

Zinc juga antara zat dalam pemakanan yang sangat diperlukan. Ia terlibat dalam proses metabolism terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran.

Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zinc untuk meningkatkan system daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibodi dan kelenjar thymus yang mengeluarkan T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Zinc juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru mel;ahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyemmbuhkan luka dengan cepat.

Wanita yang sedang pantang memerlukan zinc antara 15-20mg.

5) Kalsium

kalsium tulang
cegah osteoporosis

 

Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukannya.

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak dapat banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil.

Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang.

Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot Rahim untuk kembali ke saiz asal.

6) Protein

esp shaklee
1001 kebaikan ada dalam setong ESP ni :)

 

Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.

Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengadungi hamper kesemua amino asid yang diperlukan tubuh.

Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu dan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik.

Dah tahukan kenapa saya nak pilih set bersalin ni? Kalau anda nak juga rasai kebaikan semua suplemen ni, silakan hubungi saya di talian 018-3164133 ( Zulaikha Ali )

Konsultasi khas dan tips eksklusif hanya untuk pelanggan saya sahaja! 😉 Jumpa anda nanti !

 

FB : Zulaikha Ali (SID 1075383)

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge