Ketahui 3 Faktor Perubahan Kepekatan Susu Ibu

0

Assalamualaikum

Masih terbayang satu ketika dulu waktu saya gigih berjuang untuk mencapai misi penyusuan sehingga dua tahun kepada anak sulung saya, ‘Ayyash. Ke sana ke mari dengan beg pam tu. Cuma kalau time cuti kerja, mengepam tu ke laut jugakla sebab ‘Ayyash asyik nak berkepit je. Orang jawa kata – mengempeng 🙂

Saya tak kata susu badan saya sepanjang masa meningkat dan banyak je, ada masa pernah drop jugak. Biasalah, perjalanan penyusuan bukannya mudah tapi demi anak memang tabahkan hati untuk harungi apa je cabaran.

MOMEN TERINDAH

Dan pastinya antara momen terindah dalam perjalanan kehidupan saya sepanjang bergelar seorang ibu, dan breastfeeding mom adalah saat mengepam susu untuk buat stok anak bila dihantar kepada pengasuh.

Biasa kalau time pam susu tu, memang dah jadi hobi kot asyik perhati je susu tu keluar. Sebab suka tengok warnanya yang berubah-ubah, kejap-kejap cair. Kejap-kejap pekat. Rasa macam-Subhanallah-takjub sungguh dengan ciptaan dan kebesaran Allah yang satu ni.

 

 

KENAPA SUSU CAIR DAN ADAKALANYA PEKAT?

Apa yang saya perasan ketika mengepam, susu yang keluar pada awal-awal mengepam adalah sangat cair dan inilah dia sebenarnya yang dinamakan foremilk.

Dan selepas beberapa minit kemudian, keluar pula susu yang lebih pekat dan ini dinamakan hindmilk.

hindmilk

 

Selain tu, kepekatan susu juga bergantung kepada beberapa faktor luaran dan dalaman :

1# CUACA

Apabila cuaca panas, badan ibu akan mendapat isyarat bahawa cuaca panas, dan bayi juga akan merasa panas yang sama. Keadaan ini akan menjadikan bayi berasa dahaga dan memerlukan lebih air untuk menyejukkan tubuh, maka lebih banyak foremilk yang akan dihasilkan bagi mengelakkan bayi hidrasi.

Dan sebenarnya apabila cuaca panas, virus selsema dan batuk mudah merebak, didalam susu foremilk dibekalkan vitamin untuk melawan jangkitan akibat hawa panas yang mudah mematangkan flora bakteria.

Sebaliknya jika cuaca sejuk, hindmilk mengandungi banyak lemak dan karbohidrat yang akan membantu memanaskan badan bayi.

2# TEMPOH DAN KEKERAPAN MENGEPAM

Semakin lama jarak mengepam susu maka peluang untuk mendapat susu cair (foremilk) adalah semakin tinggi ! Dan sebenarnya yang diperlukan oleh bayi anda untuk tumbesarannya adalah susu hindmilk tersebut, jadi biarkan bayi menyusu sehingga dia merasa puas dan payudara terasa kosong sebelum menukarkan kepada payudara sebelah lagi.

Ataupun, pastikan anda mengepam sehingga berasa payudara benar-benar kosong dan nampak susu yang lebih pekat keluar semasa sesi mengepam. Jangan pula mengepam terlalu lama, nanti rosak pula tisu payudara tersebut.

3# PEMAKANAN IBU

– Ibu yang banyak minum air kosong akan mendapati susu lebih cair (bukan bermaksud tak elok, bahkan sangat baik)

– Ibu yang memakan banyak protein akan mendapati susunya lebih pekat daripada biasa

– Ibu yang memakan galactagogue seperti halba/fenugreek didapati akan menyebabkan susu menjadi cair

– Memakan oats didapati boleh memekatkan susu

Ini adalah contoh pemakanan yang boleh mempengaruhi kepekatan susu ibu. Tahap laktosa yang tinggi yang terdapat dalam foremilk adalah penting untuk tenaga dan perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga bayi. Hindmilk pula adalah penting untuk pertumbuhan dan membantu bayi berasa kenyang.

 

Apapun, susu ibu adalah susu terbaik yang Allah anugerahkan, jangan bandingkan sikit atau banyak, pekat atau cair dan sebagainya sebab sebenarnya Allah dah bagi cukup ikut keperluan si anak. 🙂

Selamat menikmati momen terindah sepanjang tempoh penyusuan, semoga Allah permudahkan!

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge