Lakukan Ini Pada Anak-Anak Hanya Untuk Sehari Dan Lihat Kesannya.

8

Assalamualaikum

Saya nak ajak semua ibu ayah untuk buat satu eksperimen ni.

Mudah je, tak susah pun.

Takde cost apa-apa.

Eksperimennya…

lakukan untuk anak

 

Hanya untuk sehari — put your kids before everything else.

Utamakan anak-anak dari semua perkara (except solatlah).

Letakkan mereka sebagai prioriti.

Jawablah ‘Ya’ saat anak memanggil kita.

Datang pada mereka.

Ada disisi mereka.

Kita semua ada banyak tugas, banyak kerja dan banyak tanggungjawab. Betulkan?

Namun apa yang saya maksudkan disini bukanlah beerti memberi sepenuh perhatian dan fokus kepada anak-anak sampai satu kerja pun tak buat.

Bukan macam tu.

Maksud saya, dalam sehari tu.. CUBA.

Bila anak panggil, terus tinggalkan kerja kita dan datang pada mereka.

Waktu anak perlukan kita, ajak bermain, mahu kita melayan mereka, lakukannya tanpa tapi dan nanti.

Ya, memang biasanya kita tak boleh buat macam ni sebab terlalu banyak tugas dan bebanan kerja dalam seharian.

Namun apa salahnya, untuk SEHARI.

Kita cuba lakukannya. Utamakan mereka daripada kerja-kerja rumah. Daripada semua perkara.

Hanya untuk hari ini, ataupun esok, ataupun bila-bila..

Dalam seminggu, cuba ambil satu hari, kosongkan hari tersebut dari semua tugasan dan jadual yang padat — hanya untuk FOKUS pada anak kita.

Ikut pengalaman saya (pernah buat untuk beberapa kali) dan hasilnya sangat AMAZING.

Menakjubkan.

Pernah saya buat beberapa kali, untuk sehari, saya ketepikan dulu urusan rumah (saya siapkan awal sebeum hari yang saya pilih untuk lakukan eksperimen ini). Saya letak tepi kejap handset — pm anak buah, customer semua saya reply masa anak dah tidur.

Saya letak tepi kejap semua kerja-kerja saya. Sehari saya lakukan. Dan hasilnya sangat berbeza.

Saya tak mahu berkongsi dulu apa hasilnya.

Cuba anda lakukan dulu dan rasai sendiri kesannya.

Apa yang berlaku pada hari tersebut?

Apa perasaan anda pada hari tersebut?

Bagaimana sikap anak anda ada hari tersebut?

Apa perasaan anda dipenghujung hari tersebut?

Apa yang berlaku pada hari berikutnya?

Ada yang berbeza?

Anda pelajari sesuatu dari eksperimen ini?

Kalau anda dah lakukannya, suka sangat untuk saya dengar komen dari anda yang hebat diruangan komen dibawah. Terima kasih sudi berkongsi !

 

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)

 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran ke seluruh Malaysia

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion8 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge