Melihat Keindahan Pantai Air Papan Di Bumi Mersing

2

Assalamualaikum

Tiga hari kami sekeluarga bermusafir ke bumi Mersing yang penuh keindahan. Pertama kali travel jauh sejak ada Miqdad, anak kedua yang soleh tu. Selalu paling jauh pun ulang alik balik Kuala Lumpur, sekarang Miqdad dah sihat nampaknya boleh dah travel jauh.

 

Seronok tak terkata rasa hati sebab lama sangat tak bermusafir melihat kebesaran Allah. Mersing pula penuh dengan pantai, sana sini pantai. Udara pun fresh dan sedap je.. bau pantai ! Memang seronok. Mula-mula risau jugak sebab takut Miqdad tak selesa, syukur Alhamdulillah Allah permudahkan.

 

Sebenarnya ke Mersing pun sebab suami ada progam Jambori Amal disana, dan kebetulan kakak ipar ada di Mersing, mudah kami bermalam kat rumah kak ipar je. Anak-anak hepi sebab hari-hari dapat ke pantai bermain pasir. Sebetulnya, sejak bersalinkan anak kedua memang berkurung je kat rumah sebab Miqdad tak sihat (jantung berlubang) jadi lepas dah selesai pembedahan ni barulah dapat tengok dunia luar.

 

Antara tempat yang sempat kami pergi :

1# Pantai Air Papan

2# Tenggaroh

Dua kali pergi, dua kali juga Allah hadiahkan kami pelangi indah, Subhanallah.

Rasa tenang sangat,MashaAllah.

Orang kata kalau rasa stress ke apa, pergi pantai sebab kat pantai ni alam semulajadi yang tak lekang berzikir pada Allah. Sebab tu kita pun rasa tenang je. Allahua’lam.

Dapat pergi kejap-kejap je bawak anak main, tak sempat nak teroka banyak-banyak. InshaAllah kalau ada rezeki nanti kita tolong detailkan apa yang best kat Mersing tu 🙂

Foto Kenangan Mersing

mersing air papan1

 

mersing2
Cantikkan pelangi? Allah datangkan pelangi selepas hujan. Yakinlah selepas kesedihan Allah akan hadirkan kegembiraan :)

 

mersing
Anda semua berjalan ke mana cuti sekolah ni ? =)

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge