Mengapa Ibu Hamil Mengalami Simptom Mudah Lupa?

0
Assalamualaikum

Pengalaman dua kali hamil, rasanya kehamilan kali kedua ni agak teruk juga masalah ‘hilang ingatan’ saya. Hehe. Kadang-kadang pergi ke dapur nak ambil cawan, sampai dapur je lupa nak ambil apa.

Lupa kunci rumah letak mana, handset ke mana, anak tudung lagilah selalu je kehilangan ! Kronik sungguh masalah pelupa time pregnant ni.. Tapi orang mesti cakap, “Mak mengandung memang cepat lupa, biasalah tu…”

Saya percaya dan yakin ibu-ibu pun ramai yang hadapi masalah sama macam saya kan? Mujurla setakat ni tak pernah lupa anak kat mana. lol

Kalau tak memang dah kena buat appoinment dengan doktor la nampaknya. Dahsyat sungguh penangan hamil ni, segala benda saya terlupa. Kenapa ya?

Kalau ikutkan catatan kajian dibawah ni bagitau,

Pada tahun 1993 kajian di kalangan wanita hamil di England mendapati, 81 peratus daya ingatan mereka terjejas. Wanita di ketiga-tiga trimester mempuyai kaitan yang rapat untuk mengingat berbanding wanita yang tidak hamil.
 
Pada tahun 2008 penyelidik Australia menganalisis 14 kajian yang dijalankan oleh penyelidik antarabangsa yang melibatkan lebih 1000 wanita dan mendapati memori wanita hamil terjejas sewaktu hamil terjejas sewaktu kehamilannya dan ia berlanjutan sehingga setahun selepas kelahiran bayinya

Kenapa wanita hamil mudah terlupa ? Menurut kajian itu terdapat beberapa sebab.

1# Perubahan hormon wanita hamil itu sendiri.

2# Rutin harian yang berubah, contohnya sukar untuk tidur, badan sering letih dan loya.

3# Seluruh tumpuan ingatan selalu lebih fokus kepada kehamilan dan bersalin, so benda lain selalu dianggap remeh.

4# Supaya otak dan minda ibu-ibu boleh berehat dan tak perlu fikir yang berat-berat

Kalau ibu-ibu rasa kritikal sangat pelupa tu, baiklah pergi jumpa doktor, takut-takut itu adalah tanda-tanda kemurungan. Tapi kalau ibu-ibu rasa nak bantu kuatkan ingatan sambil-sambil boleh selimkan badan jugak, amalkan minyak ikan yang bagus dan semulajadi macam saya ambil ni. Memang best je rasa, badan pun extra bertenaga.

Semoga masalah pelupa kita ni takdela melarat dan akan pulih semula lepas bersalin!

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge