Menu Dan Diet Sesuai Untuk Ibu Yang Menghidap GDM (Diabetes Ketika Hamil)

1

Salah satu sumber tenaga bagi badan kita adalah gula (glukos). Badan kita menggunakan sejenis hormon yang dipanggil insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan menukarkan kepada bahan bakar untuk digunakan oleh badan.

Jika kita menghidap kencing manis ketika hamil, badan kita tidak dapat menghasilkan cukup insulin.

Cara yang terbaik untuk mengawal gula dalam darah adalah dengan mengubah cara pemakanan dan bersenam setiap hari.

Tetapi harus diingatkan juga, kita perlu berhati – hati ketika berdiet untuk mengelakkan daripada tahap gula dalam darah tidak meningkat atau naik mendadak.

Menu Dan Diet Sesuai Untuk Ibu Yang Menghidap GDM (Diabetes Ketika Hamil)

diet-ibu-hamil-gdm

 

1) Sarapan Pagi

Sarapan yang sihat akan dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah sepanjang hari. Cuba ambil sarapan yag rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan – lahan dan setara.

Kita juga boleh memilih bijirin atau roti bijian penuh dengan sedikit makanan berprotien tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

2) Makan Pelbagai Jenis Makanan Berkhasiat Pada Waktu Siang

Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pastikan makanan anda tinggi dengan serat dan biasanya makanan yang tinggi serat mempunyai tahap GI yang rendah. Ini perlu untuk mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Banyakkan mengambil :

  • Buah – buahan
  • Sayur – sayuran segar
  • Roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh
  • Kekacang yang dikeringkan

3) 5 Hidangan Setiap Hari

Pastikan juga makan sekurang – kurangnya 5 hidangan buah – buahan dan sayur – sayuran setiap hari :

  • Campurkan buah – buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt
  • Tambah salad kepada sandwich anda sewaktu makan tengahari
  • Pilih dua jenis sayur – sayuran dengan hidangan waktu makan utama
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek

4) Kurangkan Lemak Terutamanya Lemak Tepu

  • Memperbanyakkan lagi makanan yang direbus dan dipanggang
  • Guna minyak zaitun atau bunga matahari untuk memasak
  • Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu
  • Buang lemak pada daging atau ayam

5) Jangan Tinggal Waktu Makan

Setiap hari makan pada masa yang sama dengan jumlah yang sama. Cara ini dapat membantu tahap gula dalam darah kekal stabil

6) Kurangkan Makanan & Minuman Manis

Kita seharusnya mengurangkan kuantiti atau sebaik – baiknya elakkan terus gula – gula, minuman berkarbonat, jus buah – buahan dan kebanyakkan pencuci mulut yang lain.

Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan. Ia boleh meningkatkan lagi tahap gula dalam darah dengan cepat

Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan cairkan jus buas dengan air. Campurkan kira – kira 1/4 jus dengan 3/4 air dan minum sekali sehari. Pada masa lain, banyakkan minum air kosong.

 

TIPS PENTING :

  • Makan pada waktu yang tetap setiap hari untuk mengelakkan makan pada kuantiti yang banyak jika makan pada lewat waktu.

  • Tidak digalakkan mengambil buah-buahan semasa snek (minum pagi atau petang)

  • Pesakit diabetes perlu mengambil makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran berdaun hijau terurama semasa mengambil sumber karbohidrat (nasi/ mee/ roti) untuk kawalan paras gula yang lebih baik.

     

Semoga bermanfaat.

 

Semoga sihat selalu,

UmmuAyyash

[wysija_form id=”1″]

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge