Merancang Kehamilan Kedua : Apa Yang Perlu Saya Tahu Dan Lakukan?

3

Assalamualaikum.

Sewaktu ‘Ayyash dah melepasi usia setahun, kami suami isteri dah berkira-kira untuk mendapatkan anak kedua pula. Walaupun perasaan nak lengkapkan sesi penyusuan ‘Ayyash sehingga cukup 2 tahun tu agak kuat, tapi rasa macam nak juga ada second baby. Rasa tak sabar!

Masa tu, tiap kali period lewat datang, mesti hati rasa berdebar. Tapi biasanya kesudahannya agak mengecewakan bila ‘si dia’ menjelmakan diri setiap bulan. Frust juga rasa macam menanti kehadiran anak pertama pulak. T_T

Walaupun ada juga terbaca, risiko apabila jarak kehamilan tak cukup sekurangnya 2 tahun akan memungkinkan menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi, tapi disebabkan rasa kudrat mampu dan sudah pulih sepenuhnya selepas amalkan suplemen, maka nak juga cuba for the second. hihi..

PERSEDIAAN YANG SAYA LAKUKAN SEBELUM KEHAMILAN KEDUA

11787310_1876312339260549_531421829_n

Apa yang buatkan saya berkeyakinan untuk kehamilan kedua yang lebih awal daripada tempoh yang disarankan, ialah sebab saya sendiri amalkan beberapa suplemen yang sangat membantu kondisi tubuh saya berada dalam keadaan yang terbaik.

#1 Sebelum Hamil Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.

Saya amalkan Vitalea Iron Formula untuk pastikan segala organ dalaman saya berada dalam keadaan yang baik, dan Vitalea juga sangat membantu untuk meningkatkan Hb saya.

#2 Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.

Untuk asid folik, saya lebih suka ambil B Complex Shaklee, sebab ia lengkap dengan segala jenis Vitamin B dan Asid folik. Sememangnya wanita yang merancang untuk hamil, anda perlu amalkan B Complex ini sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kehamilan untuk mengelakkan masalah diatas.

#3 Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal. Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza. Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada insulin. Sekiranya tyroid, ambil ubat yang selamat.

Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa. Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.

Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Ok, Alhamdulillah. Kesemua diatas saya dah lakukan dan saya mahu ikhtiar untuk hamil kali kedua!

MASALAH SUKAR HAMIL BUAT KALI KEDUA

sukar hamil

Ini dikenali sebagai ‘secondary subfertility’. Masalah kesuburan ini juga perlu mendapat rawatan khusus daripada doktor ginekologi ataupun pakar kesuburan, lebih-lebih sekiranya tempohnya sudah lebih dari 2-3 tahun mencuba.

Apakah ‘secondary subfertility’?

Terdapat dua jenis kemandulan :

1# ‘Primary’ subfertiliti:

Keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung.

2# ‘Secondary’ subfertiliti :

Keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran ataupun kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’).

Apakah punca ‘secondary subfertility’?

Terdapat beberapa punca ‘secondary subfertility’. Punca yang umum adalah :

  • Polycystic ovarian syndrome (PCOS). Selepas bersalin anak pertama, kerapkali berat badan pasangan wanita meningkat dengan mendadak menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai PCOS.
  • Endometriosis. Kadangkala masalah endometriosis akan menjadi lebih serius dan ini boleh menyebabkan ketidaksuburan.
  • Umur meningkat. Apabila umur pasangan wanita semakin meningkat, kualiti telur yang dihasilkan adalah lebih kurang. Ini juga boleh menyumbang kepada ketidaksuburan
  • Sebarang pembedahan seperti Caesarean ataupun D&C kadangkala boleh menyebabkan parut atau infeksi. Akan tetapi, masalah ini adalah tidak kerap.
  • Masalah sperma. Ini juga boleh berlaku sekiranya pasangan lelaki banyak merokok, menghidapi masalah seperti kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal atau terkena jangkitan beguk.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor untuk masalah ‘secondary subfertility’?

Ini terpulang kepada beberapa faktor:

  • Umur pasangan wanita. Sekiranya lebih dari 35 tahun hendaklah mendapat bantuan sekiranya lebih dari 6 bulan mencuba.
  • Kehendak kedua-dua pasangan. Sekiranya masalah ini memberi tekanan emosi yang kuat, bolehlah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.

Kalau tidak kebanyakan pasangan akan berjumpa doktor setelah 2 – 3 tahun mencuba.

Apakah ujian yang perlu dilakukan untuk menyiasat punca ‘secondary subfertility’?

Bergantung selepas mengambil sejarah latar belakang, doktor yang merawat akan membuat beberapa ujian:

  • Ujian darah untuk pasangan wanita
  • Imbasan scan pelvis untuk pasangan wanita
  • Ujian sperma pasangan lelaki
  • Ujian untuk menguji sama ada saluran peranakan wanita tersumbat atau pun tidak.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah ‘secondary subfertility’?

Rawatan kesuburan bergantung kepada punca masalah setiap pasangan. Secara umumnya, rawatannya termasuk memberi ubat subur, IUI dan juga IVF.

Pada umumnya, mereka yang menghadapi masalah ‘secondary subfertility’ mempunyai harapan bagus untuk hamil lagi. Ini bergantung kepada umur wanita itu dan punca masalah yang menyebabkan ketidaksuburan.

SAYA BERJAYA HAMIL SELEPAS IKHTIAR DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

pregnant2

Alhamdulillah, untuk kehamilan kedua ini.. Pengalaman saya sendiri, saya amalkan set kesuburan Shaklee.

Apa yang saya amalkan adalah – ESP, VITALEA, ALFALFA,OMEGA dan GLA COMPLEX

Upss. Bukan saya sorang je tau, suami pun saya ‘paksa’ telan juga – VITAMIN E, OMEGA dan ZINC

FUNGSI SET SUBUR SHAKLEE

UNTUK ISTERI :

1. Gla complex – meningkatkan kesuburan wanita/balancekan hormone/regulate period

2. Esp – sihatkan rahim dan mampu memastikan penyerapan semua suplemen yang kita makan ke tahap optimum.

3. Vitamin E – menyihatkn rahim dan sangat bagus untuk hubungan suami isteri

4. Alfalfa – merawat keputihan dan sangat bagus untuk memantapkan dalaman wanita.

5. Vitalea – multivitamin yang sangat penting untuk memastikan organ dalaman(especially organ reproduksi) berfungsi dengan lebih baik.

UNTUK SUAMI :

1. Zinc – menambah bil sperma

2. Vitamin E – meluaskan pergerakan sperma untuk smpi ke Ovum

3. Coqhealth plus – memantapkan performance suami dan sangat2 bagus untuk kesuburan dan jantung.

4. ESP – memastikan semua suplemen yang kita makan diserap dengan lebih baik dan optimum.

5.Vitalea – multivitamin yang sangat penting untuk memastikan organ dalaman(especially organ reproduksi) berfungsi dengan lebih baik.

Additional for husband n wife : omegaguard.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Allahu akbar.

Syukur penantian kami untuk anak kedua tak lama. Dan Allah permudahkan setiap perjalanan sepanjang kehamilan kali ini.. Buat pasangan diluar sana, sekiranya anda juga hadapi masalah ini, dan mahu berikhtiar seperti saya, saya sangat sudi membantu anda.

TESTIMONI HEBAT SET SUBUR SHAKLEE

TESTIMONI #1

hamil 1

TESTIMONI #2

hamil 2

TESTIMONI #3

hamil 4

TESTIMONI #4

hamil 5

PESAN DOKTOR…

hamil 3

 

Berikhtiar dengan apa cara sekalipun asalkan ianya halal dan mengikut syariat. Juga buat mereka yang masih ternanti anak pertama, saya juga sudi membantu anda. Berikan ruang dan peluang untuk diri anda berikhtiar .. Allah akan berikan hasilnya.

Silakan terus hubungi Zulaikha di talian 018-3164133 untuk konsultasi eksklusif dan cara makan yang betul untuk anda dapatkan hasilnya. Selepas berusaha, kita berserah dan bertawakkal kepada Allah!

Semoga anda semua dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat soleh solehah sebagai saham di akhirat sana.. Aameen!

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar, Batu Pahat
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran  🙂

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion3 Comments

  1. nak tanya..hamil anak kedus usia anak pertama dah berapa tahun? complete tak penyusuan 2 tahun tu? sebab sy pon nak merancang tuk anak kedua..tp anak baru 1y7m..

    • Teerima kasih atas pertanyaan, Puan Lela 🙂

      Saya hamil anak kedua semasa anak pertama berusia estahun 4 bulan. Dan Alhamdulillah lengkap penyusuan 2 tahun dn ketika itu saya hamil 7 bulan.
      Puan boleh dapatkan nasihat dari doktor, sebab semua orang tak sama keadaan badan masing-masing 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge