Move On Tahun Baru

0

Bismillah

Assalamualaikum semua pengunjung setia, lama tak bersua.

Pejam celik masuk tahun baru dah kita.

Soalan biasa, “apa azam baru anda?”

*****************

Ehem.

Perlu ke azam baru untuk tahun baru?

Sebagai seorang muslim, sebaiknya kita berazam baru setiap hari bahkan setiap detik untuk berubah menjadi yang lebih baik dari semalam. Kenapa perlu tunggu tahun baru untuk berazam baru?

Lakukan sekarang.

Sebab sekaranglah masa yang kita ada.

Esok belum tentu kita masih disini.

Kan?

USAH MERANCANG UNTUK SETAHUN

Betul.

Inilah kebanyakan orang. Rancang hanya untuk setahun. Termasuklah KakZue juga dulu.

Sekarang kita cuba ubah.

Rancanglah untuk 5 – 10 -15 tahun akan datang, and take action for it.

KakZue pun masih dalam fasa merancang.

Bila buat refleksi diri, alhamdulillah, setiap tahun ada perubahan yang baik dalam hidup KakZue.

Tapi sekarang, KakZue nak kembangkan dengan lebih cepat, doakan KakZue ya.

Opsss.

Bukan kembangkan badanlah -__-

Tak baik tau. huhu.

Kita kembangkan kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan hati kita.

APA NAK BUAT?

1. Betulkan niat

2. Tetapkan matlamat dan target yang jelas

3. Konsisten dengan tindakan

4. Jangan limitkan meminta dengan Allah. Allah is limitless. Dia Maha Kaya yang boleh beri apa sahaja pada kita.

5. Ulang semua diatas. Yeeehaa!

Alrite.

Cuma, kena sentiasa ingat.

Ujian dan dugaan pasti datang.

Lagi besar kejayaan yang kita impikan, lagi besar ujian yang akan datang.

Lagi kena kuat dan kental jiwa kita.

Tahun 2016 dah berlalu.

Terlalu banyak yang KakZue belajar, ada masa bahagia memuncak, ada ketika semangat jatuh menjunam sampai tak berdaya rasanya nak bangkit semula. Namun dengan kekuatan yang Allah pinjamkan, sikit-sikit belajar untuk move on.

Ya.

Lepaskan semua yang pahit-pahit.

Move on dengan jalan kita.

InshaAllah, kita boleh lakukan.

Allah kan ada?

Ada masalah nak berkongsi, KakZue sudi tadah telinga.

Mari sama-sama kita cari penyelesaiannya.

Ya Allah

Ya Ghaniyy

Ya Rahim

Ya Baasit

Permudahkanlah

Uruskanlah

Lapangkanlah

Alhamdulillah kami diberikan kekuatan untuk laksanakan tanggungjawab, dikurniakan ilham yang mahal dan dapat capai impian dengan mudah, gembira dan tenang. Aameen,

 

azam-tahun-baru

 

Lets Move On,

KakZue.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge