Pengalaman : 7 Hikmah Saya Dapat Ketika Anak Diuji Dengan Jantung Berlubang

1

Assalamualaikum

Bersawang dah kejap rumah ni, aduh. Maafla pengunjung setia yang tak jemu ketuk pintu masuk jenguk rumah ni. 😀 Lepas ni boleh kot tuan rumah fikirkan buat giveaway untuk top 5 pengkomen yang sudi berkunjung. Apapun agak kecelaruan masa sedikit sejak akhir-akhir ni (bizi la konon).

Sebenarnya tak bizi pun, cuma pengurusan masa agak ke laut sikit,hehe. Alhamdulillah, semoga Allah lebih berkati masa kita kan kan kan. Semalam selesai bawa anak kedua follow up jantung di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. (ada orang JB ke kat sini?)

Alhamdulillah ya Syakur.

Doktor bagitau kesihatan anak kedua makin baik selepas buat operation jantung berlubang di IJN bulan Oktober 2015 lalu. Lepas ni jarak follow up makin jauh dah,yeay! Sebenarnya lepas dapat tahu Miqdad ada jantung berlubang, entah macam mana ada seorang rakan FB yang tak dikenali masukkan saya dalam grup whatsapp ibu-ibu yang ada anak sakit jantung.

So disitu takdela kita rasa sedih sorang-sorang macam anak kita je yang sakit. Macam kita sorang je yang Allah uji. Bila masuk grup tu baru tau ramaaaai lagi yang dapat ujian lagi power dari kita. Kita ni takde apapun sangat, sikit je Allah uji. Gitula yang saya rasa. *cepat-cepat kesat airmata, terus senyum*

Dan Alhamdulillah untuk setiap kekuatan yang Allah pinjamkan sepanjang menjaga anak yang sakit dan menerima rawatan. Sungguh, saya rasa Allah berikan satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup ni. Dan buat saya jadi hambaNya yang sangat-sangat bersyukur.

Tau kenapa?

Sebab bila duduk satu grup dengan ibu-ibu lain dan kami bertukar-tukar cerita, ada macam-macam hikmah dan pengajaran yang saya dapat. Suka saya nak kongsikan dengan semua, apa hikmah yang saya dapat bila diuji dengan anak sakit.

jantung berlubang

Pertama : Hubungan kita dengan Allah makin dekat, makin akrab

Bila Allah beri ujian, tak kira sikit atau banyak, kecil atau besar. Semuanya kita kembalikan pada Dia. Dan sememangnya Allah uji sebab nak kita datang balik pada Dia. Masa ni umpama Allah beri kita ‘golden time’ dengan Dia. Hati kita masa ni rapuh sangat, mudah nangis.

Tambah lagi bila kita merintih mintak ampun mintak tolong dengan Allah, laju je airmata ni keluar. But seriously, hati kita akan dapat rasa satu ketenangan, satu kekuatan, satu rasa manis yang tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata.

Ibu-ibu yang ada anak sakit, kalau rasa stress, susah hati, risau, ambil wudhuk buat solat sunat. Terus je direct luahkan pada Allah. InshaAllah time-time tu jugak rasa macam gunung besar diangkat dari atas bahu kita. I feel u.

Kedua : Hubungan suami isteri lebih mesra dan rapat

Kehidupan kami suami isteri kalau tak, memang payah sikit tau nak ada special time berdua. Sebab suami sangat sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab dan saya memahami kesibukan beliau. Bila Allah berikan kami ujian anak yang sakit, secara tak langsung Allah berikan saya banyak masa bersama dengan suami.

Bila tu?

Tiap kali nak buat cek up anak, tiap kali anak masuk wad.Waktu tulah kami dapat bersembang, bergurau dan saling beri kekuatan. Yang paling terasa bila hari anak dibedah. Malam tu malam pertama saya tidur tanpa Miqdad dalam pelukan, dan masa tu Miqdad baru berumur 3 bulan lebih.

Dan … malam tu juga pertama kali kami dapat ‘berhoneymoon’ berdua. Honeymoon di IJN menanti khabar anak sedar dari operation. Apa yang peliknya, Allah berikan kami ketenangan dan kelapangan hati dalam tawakkal kami. Syukur. Miqdad sedar cepat dan dapat naik wad cepat. He is our little fighter =)

Ketiga : Yakin rezeki anak

Pembedahan di IJN memerlukan kos yang sangat tinggi. Masa tu anggaran doktor, pembedahan Miqdad memerlukan kos sekitar 35k hingga 40k. Masa tu kami hanya diminta bayar dulu deposit sebanyak 1k. Rezeki Miqdad memang mewah, ramai sangat sahabat-sahabat hulurkan bantuan termasuklah sahabat Shaklee saya. Menangis masa tu terharu dengan bantuan semua.

Alhamdulillah kos dapat setelkan dengan mudah dan berkah (mudah-mudahan berkat) aameen.

Keempat : Ilmu dan pengalaman baru

Secara peribadi, saya sangat bersyukur Allah berikan saya banyak ilmu dan pengalaman baru atas setiap ujian yang Dia berikan. Allah memang maha pengasih dan penyayang. Sedikitpun saya tak rasa Allah menzalimi saya — hambaNya.

Seronok. Banyak dapat ilmu baru berkaitan jantung, dan banyak ilmu dapat korek dari doktor. Sangat berguna untuk saya berikan info pada customer Shaklee saya =)

Kelima : Tambah ramai kawan baru

Beberapa kali Miqdad masuk wad, di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan sekali di Institut Jantung Negara, saya dapat jumpa dan kenal ramai kawan baru yang kuat-kuat semangat semuanya. Dari merekalah saya kutip semangat buat diri sendiri atas ujian yang tak seberapa ni.

Syukur. Masa tu rasa, rupanya ramai lagi Allah uji teruk-teruk. Aku ni sikit ja.

Keenam : Resign awal

Masa diuji begini, saya bersyukur sebab Allah tunjukkan saya hikmah saya berhenti kerja. Memang masa nak buat keputusan resign tu sangat sukar dan berat. Hasil istikharah dan solat hajat, saya bulatkan tekad berhenti kerja. Sedangkan masa ambil keputusan nak resign tu taktau pun sedang pregnantkan Miqdad.

Dan Alhamdulillah, rezeki Shaklee saya melimpah ruah masuk ketika diuji anak sakit ni. MashaAllah. Rezeki anak,kan. Saya dan suami memang tumpang rezeki anak je ni. Terima kasih Kak LinChalo datang ziyarah mewakili family Shaklee =)

institut jantung negarA
Bersama Kak Lin Chalo yang datang ziarah sebelum Miqdad ditolak masuk ke dewan bedah 🙂

Ketujuh : Kenal kekuatan diri

Bila diuji, kita tahu tahap kekuatan dan kesabaran kita dimana. Kalau sebelum ni mudah je nak ucapkan suruh orang sabar, kuaat, tabah dan sebagainya. Bila kena kat diri sendiri, taulah macam mana rasanya. Hehe. Alhamdulillah.

institut jantung negara1
selfie suami dan miqdad sebelum masuk dewan bedah 🙂

Bila dikenang-kenang semula pengalaman ni, senyum keharuan sorang-sorang. Rindu pun ada. Sweet moment dengan Allah paling tak boleh lupa masa ni. Sebab takde dah kita letak harapan pada makhluk. Hanya Allah semata.

Banyak yang Allah ajar saya melalui ujian kecil ni. Jadi saya harapkan, ibu-ibu yang diuji Allah dengan ujian lebih hebat, saya sangat yakin dan pasti. Allah sedang sediakan sesuatu yang hebat untuk ibu-ibu. Percayalah.

Selamat menikmati masa-masa indah bersama Allah =)

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)

 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran ke seluruh Malaysia

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge