Pengalaman Menemani Miqdad Jalani Prosedur Fluoroscopy

4

Bismillah

12 Julai 2016 | Selasa

 

Terasa hari ni sangat panjang untuk berlalu. Dah masuk hari ke 8 kami beraya di wad ni, sobsob. Eh tak sedih pun. Alhamdulillah ok je sebab tengok Miqdad makin aktif dan ceria…

 

Ikut plan doktor, sepatutnya awal pagi tadi Miqdad kena start berpuasa seawal jam 6 pagi untuk buat CT SCAN. Since Miqdad pun tidur lena, last Miqdad menyusu jam 4 pagi. Bila dia terjaga jam 6.. dah tak boleh minum susu.

 

Berperanglah dengan ummy sebab Miqdad nak menyusu makan. MashaAllah, kuat betul kudrat budak kecik ni. Sakit tangan ummy nak handle dia mengamuk selama 4 jam. Letih tantrum.. Miqdad pun lena. Dengan ummy sekali lena sebab Miqdad taknak tidur bawah..baring atas ummy jelah.😅

 

Jam 12.15 tengahari.

 

Doktor datang dan maklumkan yang tak dapat nak buat CT SCAN atas sebab tertentu. Lega jugak ummy sebab Miqdad dah boleh buka puasa. Cepat-cepat kejutkan Miqdad untuk menyusu.

 

Tak lama lepas tu.. doktor bagitahu pulak yang jam 3 petang Miqdad kena prepare buat fluoroscopy.

Prosedur fluoroscopy

 

Fluoroscopy : Kebiasaannya , imej kawasan digestive system (sistem pencernaan) dalam bentuk live (secara lansung) . Maksudnye xray perut berterusan untuk study masalah kat perut dengan bantuan contrast.

Wah. First time dengar benda ni. Pengalaman ni bukan first time kat kami je. Nurse-nurse ni pun bagitau nilah first time diorang bawak baby untuk jalankan prosedur ni. Sampai kena marah dengan pegawai kat bahagian ICL tu sebab tak tukar baju siap-siap.😅 (kes tak tahu dan first time!)

Tujuan nak buat fluoroscopy ni sebab doktor nak pastikan apa sebenarnya yang ada dibahagian paru-paru Miqdad ni. Sebab paru-paru kiri Miqdad memang sempit.

Sampai ke tempat ICL ni, kami suami isteri kena pakai baju biru ni, dan kena sarung jugak kasut dengan sarung biru ni. Taktau nak panggil apa😁

Apa itu fluoroscopy

Bagaimana fluoroscopy

Miqdad diberi ubat tidur untuk mudahkan prosedur, sebab kalau Miqdad jaga memang taklah nak duduk dendiamkan. Mau menangis sekuat hati nanti. Lepas 10 minit makan ubat tidur terus Miqdad ‘pengsan’. Tak sedar apa dah.

Bila prosedur dijalankan, Dr. Khoo, doktor pakar yang buat echo scan pada Miqdad pun explain pada kami tentang masalah sebenar yang Miqdad hadapi.

Memang nampak jelas diafragma kiri Miqdad ternaik dan nampak paru-paru kiri Miqdad memang kecik dan sempit sebab perut dan termasuk ke bahagian paru-paru.

Sebab tu Miqdad sangat cepat penat bila batuk atau sakit. Dan keadaan ni yang buat Miqdad sangat mudah dijangkiti dan diserang penyakit. Sebab Miqdad hanya ada 1 paru-paru je yang bekerja.

Jadi doktor cadangkan untuk Miqdad jalani pembedahan untuk bantu kembalikan perut ke tempat asal supaya paru-paru kiri Miqdas boleh expand dengan baik.

***tarik nafas kejap***

Sampai sekarang cuba nak digest apa yang berlaku sebenarnya. Hebat betul kuasa Allah. Tak terjangka pun Miqdad akan hadapi masalah macamni.

Jadi..

Buat masa ni,doktor plan untuk cepatkan pembedahan. Baru dapat maklumat dari doktor, kalau tiada aral dan ada slot kosong, pembedahan akan dijalankan pada Khamis ini — 14 Julai 2016.

‘Ala kulli hal…

Kami dengan rendah hati memohon kemurahan hati teman mendoakan keselamatan dan kesihatan anakanda kami serta kelancaran pembedahan nanti.

Semoga inilah pembedahan terakhir yang akan Miqdad jalani, selepas ini Miqdad akan sihat sepenuhnya dan membesar sebagai anak soleh dan musleh dunia dan akhirat.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang berkunjung menziarahi anakanda kami. Semoga Allah balas dengan sejuta kebaikan♡

hospital serdang

Ummy sangat bersyukur Allah bagi ruang jalan ni — berhenti kerja — dan hadiahkan bisnes shaklee yang boleh diurus dimana sahaja .. dalam masa yang sama ummy masih boleh menjaga dan menemani Miqdad sentiasa… tanpa risaukan benda lain.

Alhamdulillah syukur …

Terima kasih semua.

Selamat hari raya☺

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge