Pengalaman : Raya Pertama Di ICU Bersama Anakanda Miqdad

4

Bismillah.

Mendayu-dayu takbir raya dipagi Aidilfitri ni. Tak pernah terlintas dalam kepala akan beraya pertama di icu ni. Pengalaman yang sangat priceless.

Ramai sangat mesej bertanya kenapa Miqdad masuk icu. Maaf banyak-banyak.. tak mampu nak balas kesemuanya. Jadi ummy detailkan dalam ni je boleh? 🙂

****

4 Julai 2016 | 6.30 petang

Kami sekeluarga dengan riang hati bertolak dari Muar nak balik beraya di bandor. Eksaited ummy nak raya tahun ni tau. Dah berangan macam-macam nak buat dihari raya.

Miqdad tak berapa sihat masa ni. Batuk dan selsema. Mujur tak demam. Sangka kami, Miqdad meragam merengek sebab nak tumbuh gigi. Memang nampak bengkak gusi tu. Ummy masih tak perasan yang Miqdad letih bernafas sebenarnya masa ni…

Sepanjang perjalanan memang Miqdad meragam je. Sampai rumah mertua, Miqdad nampak ok sikit. Main-main walaupun taknak kat orang.

Lewat malam sampai rumah mak. Masa sampai ni Miqdad lena kejap.. dalam jam 1 pagi sampai subuh memang Miqdad langsung tak lena. Menangis sekuat hati macam sakit sangat. Ummy dah rasa tak sedap hati..

*****

5 Julai 2016 |9.30 pagi

Miqdad masih tak henti meragam, merengek dan menangis. Menyusu pun tak berapa. Makan langsung taknak. Terus ajak suami bawak Miqdad ke hospital.

Sampai hospital terus ke bahagian emergency sebab first time masuk Hospital Serdang ni. Pendekkan cerita… bila doktor cek Miqdad, doktor bagitau kena tahan wad sebab nafas Miqdad tak ok.

2 kali Miqdad kena ambil darah. Bagi oksigen. Ambik neb 3 kali. Memang mengamuk si kecik ni, jenuh jugak ummy bersilat dengan dia. Kuat betul tenaga dia ni, nampak badan je kecik,huhu😂

Bila Miqdad dah tenang sikit, doktor semak semula buku report Miqdad. Lepas bincang-bincang sesama diorang, doktor kata Miqdad kena intubate. Gugur jantung dengar. Awat nak kena intubate? Teruk sangat ke? Macam-macam dah pikir masa tu. Nak nages pun hadoo..tapi sado kan jugak hati ni. Malu aih nak nanges depan orang😁

Bila ummy bagitau doktor history Miqdad ada left diafragma paralysis, doktor ubah fikiran. Tak payah intubate. Just guna Bipap je untuk bantuan oksigen Miqdad. Lega sikit hati ummy.

Tak lama lepas tu doktor lain pulak datang bagitau, “Puan, kita kena masukkan Miqdad ke ICU ya. Sebab dia nampak penat sangat. Puan ok ke kalau anak masuk ICU?”

Sekali lagi rasa nak terberhenti jantung ummy ni nak oii. Ummy tarik nafas dalam-dalam dan jawab, “Takpe. Saya ok.” Ummy cuba kool jek padahal dalam hati dah macam nak banjir tsunami.

Tuptup. Icu pulak takde katil kosong. Dekat 3 jam jugak tunggu dapat katil dan alhamdulillah petang tu dapat pindahkan Miqdad ke ICU.

KENAPA MIQDAD SEBENARNYA?

PicsArt_07-06-10.04.26

Ini soalan bertubi-tubi masuk dalam whatsapp ummy sampai ummy tak mampu nak reply. Tak larat nak balas satu-satu.. maaf ya. Bukan tak sudi tau… tapi rasa nak bertenang kejap dan hadamkan maklumat yang doktor bagi tadi.

Baik.

Ini explanation doktor secara general dulu. Sebab ummy pun tak berapa clear lagi macam mana keadaan Miqdad sebenarnya..jadi ini je yang boleh ummy bagitau.

1. Sejak operation jantung berlubang Miqdad di IJN dulu.. Miqdad ada sikit komplikasi sebenarnya. Paru-paru kiri Miqdad tak berkembang dengan baik. Tapi doktor kata its ok, mak monitor je keadaan Miqdad.

2. Last Tca Miqdad untuk jantung bulan 4 yang lepas. Dan tca akan datang bulan 1 2017. Doktor pun bagitau yang jantung Miqdad baik-baik je. Cuma ummy persoalkan kenapa nafas Miqdad masih nampak laju walhal dah operate. Hasil ultrasound memang nampak paru-patu kiri Miqdad tak sama kedudukan dengan belah kanan. Tak berapa cantik.

3. Keadaan sekarang, doktor bagitau disebabkan masalah komplikasi dulu, usus dah termasuk ke dalam bahagian paru-paru dan himpit jantung sikit. Sebab tu nafas Miqdad jadi laju dan susah sikit nak bernafas.

4. Masuk icu untuk observe keadaan Miqdad dan bila dah stabil baru doktor buat pertimbangan untuk tengok perlu atau tak untuk operate.

Fullstop.

Ini je yang boleh ummy explain setakat ni. InshaAllah apa-apa nanti ummy update.

Dan hari ini…

6 Julai 2016 | 1 Syawal 1437

Kami beraya disini. Hihi. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Kami inshaAllah ok dan hepi ja.. sebab still dapat makan lemang dan kuih raya😂 terima kasih ayah mertua masakkan lemang, mama masakkan rendang. Suami tolong hantar lauk pauk kuih pagi-pagi buta raya ni😂

Dan adik beradik lain sebab tolong jagakan Ayyash. Terima kasih sangat semuanya. Allah je boleh balas.😢

Mohon kemurahan hati teman semua mendoakan kesihatan anakanda Miqdad AnNusair semoga sihat tanpa perlu operation dan ubat-ubatan.

Terima kasih juta-juta diamond atas semua mesej bertanya khabar dan keadaan Miqdad. Hanya Allah mampu balas segalanya.

 

Stay kool dengan Miqdad.

Selamat Hari Raya AidilFitri

Maaf Zahir dan Batin♡

Ikhlas dari Ummy.

ICU SERDANG| 10.12 pagi | 1 Syawal 1437H

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge