‘ME TIME’ : PENTINGKAH UNTUK IBU DAN SURIRUMAH ?

0

Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya saya nak tuliskan tentang ‘me time’ ni, cuma jadual dalam sebulan lepas agak lari sikit dan ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian, tertangguh kejap hasrat tu. Sejujurnya sebelum ni memang saya tak pernah dengar pun perkataan ‘me time’ ni, nampak macam trend ke ? Tak pasti pula saya.

Apa itu ‘me time’ ?

 

Selalu cuba menggugel untuk cari makna yang tepat dan padat, tapi banyak sangat yang dijumpai sampai tak larat nak baca,huhu. Jadi apa yang saya faham secara simple dan mudah, ‘me time’ itu diumpamakan “waktu khusus untuk diri sendiri”.

Me time = waktu khusus untuk diri sendiri.

Sejujurnya, saya sendiri tak tahu sejak bila kewujudan perkataan ni. Mungkin ini hasil kemajuan dan kemodenan mak mak zaman sekarang agaknya kan 😛

Perlukah ‘me time’ ?

Bagi saya, bukan je surirumah, siapapun perlukan ‘me time’ dia sendiri. Tapi sebab surirumah ni kerja dia duk kat rumah je (biasanya) dan jarang ada waktu untuk diri sendiri, jarang keluar merelaks kan badan kecuali keluar pergi pasar, pergi ambil hantar anak, pergi itu ini.. dan mungkin atas sebab ni dah mula ‘trending’ ada ‘me time’ khusus untuk surirumah. Apapun, setiap isu msti ada pro dan kontra dia sendiri kan? …

Ada yang menganggap ‘me time’ ini sangat-sangat penting.

Ada yang menganggapnya penting.

Dan ada yang menganggapnya mengada-ada dan tak penting sama sekali.

Bagi saya, penting atau tak pentingnya ‘me time’ ini bergantung bagaimana kita faham makna ‘me time’ itu sendiri. Kefahaman kita tulah yang akan lead kepada apa yang kita akan buat sebagai ‘me time’ kita !

Ada yang faham ‘me time’ itu sebagai waktu untuk bersenang-senang bagi diri sendiri.

Ada yang anggap ‘me time’ itu dengan meninggalkan suami dan anak untuk seketika.

Ada yang faham ‘me time’ tu kena pergi jauh, berhibur ke tempat-tempat tertentu, dan mengeluarkan banyak wang.

Ada yang faham ‘me time’ itu cukup di rumah, melakukan hobi dan perkara-perkara yang disukai.

Ada yang faham ‘me time’ itu cukup dengan tidur dan sebagainya.

Semua pemaknaan ini, bergantung atas kita dan apa yang kita baca.

Dan bagi saya, cukup untuk memaknainya dengan sederhana sahaja. 🙂

Me time buat saya itu, sederhana.

Waktu untuk diri sendiri yang saya sesuaikan dengan situasi dan keadaan diri saya dan keluarga saya. Bagi saya, ‘me time’ itu penting. Tapi bukanlah hal utama yang harus saya tuntut pada suami dan anak-anak. Mana mungkin saya menuntut juga keperluan ‘me time’ daripada suami yang keluar di kegelapan subuh dan pulang lewat dinihari ?

Mungkin cukup bagi saya satu kepuasan ‘me time’ yang paling berharga buat saya adalah dapat melunaskan solat dengan tertib tanpa bergegas, dan berzikir sedikit waktu selepasnya.

Banyak perkara yang saya pernha anggap sebagai ‘me time’ saya.

Pergi ke kelas nutrisi setiap bulan, itu antara ‘me time’ saya yang sangat seronok!

Banyak yang boleh disenaraikan, itu bergantung bagaimana kita melihatnya 🙂

Pentingkah ‘me time’ ?

 

Me time bagi saya penting untuk menghalau rasa jenuh dan membooster semangat baru. Caranya? Saya boleh baca buku, bahkan sambil menyusukan anak pun saya boleh baca buku untuk ‘me time’ saya. Mentadabbur sebentar terjemahan Al Quran dan menghafaznya, itu juga ‘me time’.

Dapat sertai kelas-kelas online, webinar bersama upline-upline untuk tambahkan ilmu bisnes saya juga satu tempoh ‘me time’ yang berharga 🙂

Me time bukan hanya sekadar untuk bersenang-senang, tapi yang lebih dalam dari itu semua adalah…

Memanfaatkan waktu bagi diri sendiri untuk hal-hal yang bermanfaat.

Saya seorang muslim, dan saya tidak diajarkan untuk menghabiskan waktu dengan hal-hal yang sia-sia. Setiap perbuatan itu akan dipersoalkan di akhirat nanti.

‘Me time’ bagi saya juga mesti ‘me time’ yang bertanggungjawab.

Kalau saya perlukan masa untuk diri saya sendiri, saya mesti pastikan keperluan suami dan anak-anak dah setel. Baru boleh ber’me time’ dengan lapang dan bahagia 🙂

Menjadi seorang surirumah itu adalah tugas yang mulia.

Setiap keringat yang tumpah, kelelahan yang terasa, kepenatan yang dinikmati dan kita ikhlas melakukannya kerana Allah, maka beruntaianlah pahala kita. Mengurus rumah, mendidik dan mengasuh anak, melayani suami, itu semua kita kerjakan hampir di seluruh waktu yang kita miliki.

Ada masa-masa dimana kita perlukan waktu untuk diri sendiri. Ibu kita, nenek moyang kita — dan seterusnya – semua juga pernah merasakan hal yang sama. Pastikan ibu menjaga kesihatan sebaiknya ya !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge