Perlukah Ibu Bersalin Mandi Wiladah Sedangkan Masih Dalam Nifas?

10

Assalamualaikum

Lepas bersalinkan anak sulung dulu, ada kawan sebelah katil duk tanya. “Akak tak mandi wiladahke? Kan wajib tu.” Terdiam kejap saya. Otak ligat nak cari jawapan paling mudah untuk dia terima dan faham. Mungkin dia confuse tentang persoalan wajib mandi wiladah dan nifas, dan mungkin juga ramai yang anggap wajib mandi dua kali — WILADAH dan NIFAS.

Apakah itu wiladah?

Wiladah bermaksud darah yang keluar dari rahim wanita sebelum melahirkan anak dan juga termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging).

Wajibkah mandi wiladah?

Kalau ikut pada pandangan mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya), wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia WAJIB mandi jika ditakdirkan TIADA DARAH NIFAS yang keluar.

Tapi kalau ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

 

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan;

“Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

 

Jadi sebenarnya ada istilah mandi wiladah ni sebab terdapat beberapa kes dan keadaan dimana ada ibu-ibu yang melahirkan anak tanpa keluar darah, maka diwajibkan untuk mandi wiladah. Tapi kebiasaan kita bersalin dan ada darah yang keluar selepas itu, jadi itu dinamakan darah nifas. Bila keringnya darah nifas (tempoh sehingga 2 bulan paling lama) maka diwajibkan untuk mandi nifas.

Bukan bermakna ibu-ibu perlu mandi wajib sebanyak dua kali, tetapi hanya salah satu keadaan sahaja dan mandi pun sekali je 🙂

Kalau rasa perlukan maklumat lebih lanjut boleh dengar jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ni, semoga ibu-ibu lebih jelas persoalan ni dan tak pening-pening dah ye ^^,

 

 

Dan Alhamdulillah. Kawan yang tanya kat saya tu pun faham dengan apa yang saya jelaskan pada beliau. Pada ibu-ibu yang akan berpantang, selamat berpantang ye. Alhamdulillah saya dah melalui pengalaman pertama berpantang yang hebat dengan Set Bersalin Terbaik ni. Segalanya berjalan lancar dan badan sentiasa segar dan bertenaga Alhamdulillah. 🙂

Semoga bermanfaat !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion10 Comments

  1. Um.. kalau org yang lahir czer belum boleh mandi sekurang3nya 3hari selepas kelahiran.. sbb luka jahitan masih baru dan tak boleh kena air lagi. Mcm mana ye kak?

    • Zulaikha Ali

      Kalau czer pun keluar darah nifas juga,kan? Ke memang tak keluar darah ? 🙂

  2. Assalamualaikum…sy ingin bertanya selaku wakil kwn sy…beliau kalu belum mandi nifas sehingga baby da umur 4bln..apa yg perlu dia lakukan..Beliau ada bertanya pd sy…tp sy xberani nak bg tau dia mcm coz ini melibatkan hukum agama..harap sgt dpt reply soalan kwn sy ni..sy sendiri pun xfaham kenapa beliau bole xmandi nifas ni…

  3. Nursheila Basir

    Puan sekiranya drh nifas berhenti hari ke 20, bole terus mandi wajib n bole terus solat kan? Ke perlu tgu sampai hbs pantang? Maaf puan, sy confuse sebenarnya 😢

    • Assalamualaikum puan.

      Sekiranya darah nifas sudah berhenti dan suci dari darah, perlu terus mandi dan boleh solat seperti biasa tanpa perlu menunggu tempoh pantang selesai. Allahua’lam.

Leave A Reply

CommentLuv badge