Pesanan Buat Ibu Bapa Yang Suka Nak Marah-Marah

0

Assalamualaikum

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1# Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2# Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3# Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu menjerit-jerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisikkan antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati menjadi jauh, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung.

Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat.

Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham, dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Fahami perbezaan antara garang dan tegas. Untuk tegas tak semestinya perlu garang. Tegas membina rasa hormat, garang membina perasaan takut pada anak.

Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibu bapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibu bapa.

Semoga bermanfaat.

Dipetik dari ebook „Äč 111 Formula Menarik Rezeki

 

Ummi,

Masih Belajar.

[wysija_form id=”1″]

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge