Petua Mencegah Jaundis Seawal Kandungan

0

Assalamualaikum.

Masalah jaundis pada bayi mungkin boleh disifatkan sebagai sesuatu yang normal, tetapi tahukah ibu-ibu bahawa jaundis pada bayi boleh di cegah sejak dari kandungan lagi?

3 perkara yang saya rasa menjadi kesilapan saya sehingga akibatkan ‘Ayyash terpaksa jaundis selama sebulan lamanya..

1# Saya langsung tiada ilmu tentang apa itu jaundis.

2# Saya mengambil jamu dan herba terlalu awal semasa didalam tempoh berpantang.

3# Saya ter’tidur’ bersama ‘Ayyash dalam keadaan yang gelap(boleh tinggikan lagi bacaan kuning).

Sedih bila lihat anak terpaksa diambil darah setiap kali pemeriksaan kuning dibuat. Jadi sebagai perkongsian dan persediaan for the next, suka saya nak sharekan amalan yang boleh membantu kita mengelakkan jaundis pada bayi.

—————————————————————————————

bayi jaundis

APA ITU JAUNDIS?

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune’ yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

SEBAB BERLAKUNYA JAUNDIS

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice :

PERTAMA : kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)

KEDUA : disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah :

1# kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum)

2# jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)

3# masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive)

4# Masalah enzim darah rendah (G6PD) – untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

APA PETUA/TIPS MENCEGAH JAUNDIS SEJAK DARI KANDUNGAN?

Petua #1: Amalkan minum susu kambing 2 kali sehari selepas sarapan dan sebelum tidur. Boleh ambil Miracle 8 Nutrigoat, saya suka yang ni, tak hamis dan manis rasanya sebab ada mix 8 makanan sunnah. 🙂

Petua #2 : Amalkan memakan buah kurma semasa sarapan pagi. Kalau ada kurma Ajwah lagi bagus.. 😉

Petua #3: Amalkan sesudu madu setiap pagi beserta selawat kepada Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam. Pastikan ambil madu yang asli ya..

Petua #4 : Makan buah delima atau minum pati delima sekurangnya 500ml sehari. Masa mengandungkan ‘Ayyash, saya memang gemar makan buah delima dan amalkan pati delima Gulsan tu.

Petua #5 : Bila hampir nak bersalin, amalkan minum air kelapa setiap hari. Di samping membersihkan kulit anak dan elak kulit kepala berkerak, air kelapa bagus untuk elak jaundis.

Petua #6 : Amalkan minum satu sudu kecil minyak kelapa dara. Amalan ini juga adalah sebagai selusuh untuk ibu mudah bersalin.

***Saya sendiri lebih suka kapsul minyak kelapa dara. Senang nak telan,hehe..

Petua #7 :Amalkan pengambilan Alfalfa di hujung kehamilan juga membantu mencegah bayi terkena jaundis selepas lahir.

Petua #8 : Minta Suami menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

Mudah je semua petua ni, yang penting si ibu kena rajin dan perlu beri extra attention untuk diri sendiri demi kesihatan janin yang dikandung.

Pendidikan awal anak-anak bermula dari dalam kandungan tau!

Selamat mengamalkannya dan semoga anak kita semua membesar dengan sihat dan soleh solehah insyaAllah 🙂

***Ketahui tip mudah untuk atasi anak kuning/jaundis supaya anak tak warded — Klik sini.

 

Salam Sayang,

Pengedar Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge